Raja SMS Menang Lagi


GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi mencipta hatrik apabila sekali lagi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, yang berlangsung di sini, malam tadi.


Mawi, 26, yang meraih 119,268 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi. Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi kali ini merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu bagi anugerah tertinggi itu.



Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi. Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, juga kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.



Mawi a.k.a Raja SMS menang lagi Bintang Paling Popular dalam anugerah Bintang Popular Berita Harian buat kali ke-3 dan mengenepikan Datuk Siti Nurhaliza dan beliau terus gah sebagai penyanyi nombor satu negara.


Berikut keputusan penuh ABPBH malam tadi :-


Bintang Paling Popular - Mawi

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - M. Nasir

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

Artis Berkumpulan/Duo Popular - Sofaz

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular - Dynaz

Artis Komedi Lelaki Popular - Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Popular - Sheila Rusly

Pelakon Filem Wanita Popular - Fasha Sandha

Pelakon Filem Lelaki Popular - Rusdi Ramli

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi



arinna : tak sabar tunggu AIM


Koleksi Terbaru


Aku baru jer habis membaca sebuah novel semalam,,SENAFAS RINDU karya DAMYA HANNA terbitan ALAF21. Seminggu juga la aku habiskan utk membaca novel tersebut di sebabkan kebizian aku.


Cerita nih best giler,,bagi aku ler,,lain orang lain citarasa kan. Aku sudah membaca kelima-lima novel DAMYA HANNA dan bagi aku ini adalah novel terbaik beliau. Aku suka jalan ceritanya yg buat aku nangis,,dan aku suka watak-watak utama dalam novel ini terutamanya watak Fariz.


Sesiapa yg minat baca novel dan belum lg membaca novel ini,,sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda,,hehe,,



arinna : novel ini masuk dalam senarai novel-novel yg paling aku minati,,

Cahaya Pagi




Bermula dari mata yang masih terpejam dan masih bermimpi,,,hah!!,,kul 6 msh bermimpi,,hehe,,
Udara pagi menghangatkan tubuhku dan mengejutkan aku dari lena,,
Aku bangun,,,melangkah ke jendela,,lalu ku buka jendela,,,
kuhirup sepuas-puasnya udara pagi yang bersih ini,,,


Aku mulakan langkahku hari ini dengan senyuman yang paling manis,,;p

Terimakasih TUHAN..Kau telah memberiku kesempatan untuk menjadi lebih baik hari ini,
lebih optimis, lebih bersemangat dan senyuman akan selalu mengiringi.



arinna: sampai opis dalam kul 8:05,,,hehe,,sib baik bos lum sampai,,mulakan kerja dengan penuh semangat,,hehe,,

Salam Hari Isnin(Entry Malas)

Masa lalu berada dibelakang kita, jadikan dia pelajaran dan guru terbaik. Yang kita hadapi adalah masa depan. Melangkahlah ke hadapan, melihat masa lalu hanya sebatas melihat hikmah jangan sampai kita mundur. Di depan sana ada banyak harapan, jangan sampai dia hilang hanya karena kita sibuk mengurus masa lalu.



arinna : masa depan yang masih suram,,huhuhu,,


Waktu

Apa yg paling penting dalam hidup kita selain dari cinta,,,cinta tuh penting ker???,,WAKTU,,adalah yg plg penting dlm hidup manusia,,btl tk??.TUHAN memberikan rezeki,,kecantikan,,kekayaan dan kepandaian yang berbeza pada setiap manusia..tapi satu yang TUHAN beri sama,,iaitu WAKTU,,tak kira manusia tuh kaya ataupun miskin,,bodoh atau pintar,,hodoh atau cantik,,WAKTU tetap di berikan sama.Terpulang pada kita untuk menggunakan WAKTU itu.Hendak menggunakan dengan sebaik mungkin ataupun biarkan berlalu begitu saja,,

Orang bijak pandai mengatakan,,WAKTU adalah emas,,,kata orang bisnis plak,,WAKTU adalah wang,,

Tapi yang pasti,,walau siapapun kita,,walau apapun yang kita lakukan,,walau di mana pun kita,,WAKTU tak akan pernah menunggu kita.
arinna: sya plak,,kadang² terkejar² waktu,,kadang²,,waktu yg mengejar,,hehe,,pening pening,,

C.I.N.T.A


Jangan murahkan diri kerana cinta

Jangan jadi terlalu baik kerana aku akan merinduimu

Jangan begitu ambil berat kerana aku mungkin akan menyukaimu

Jangan memberiku kata2 manis dan indah kerana risau akan terpikat..amat sukar untukku menyintaimu bila kamu memang langsung tidak menyintaiku

"Adalah lebih baik memiliki cinta dan sanggup dikecewakan,, dari langsung tidak merasai cinta kerana takut pada cabarannya"

Bila kita mencari si dia yg kita inginkan, selalunya kita akan terjebak dgn si dia yg bukan pilihan. Tapi bila kita hanya duduk dan menanti di satu sudut, dia akan datang dan berkongsi sudut itu dgn kita..

"Jangan kau salahkan cemburu kerana sungguhpun ia peracun jiwa, ia juga pengukur cinta"

Bercinta bukan satu perkara mudah sebab ia melibatkan hati dan perasaan. Cinta sbnarnya tidak memandang pada rupa fizikal tapi datang dari hati bukan nafsu mahupun ego, satu2nya penentu kebahagian hidup.. adalah dari hati yg ikhlas dan murni

Bila cinta berkurang, harapan dlm diri juga berkurang. Jika kita tau ada org yg sayangkan kita, ambil berat pasal diri kita, tentu kita akan menghadapi hari esok dgn penuh semangat..


Kita akan sedar kita jatuh cinta dgn si dia bila kita mahukan dia bahagia, biarpun selalunya kebahagian itu tidak melibatkan diri kita. Sebab, cabaran terhebat dalm hidup ialah utk mencari si dia yang kenal kecacatan dan kelainan kita tapi masih mampu menyintai kita dgn spenuh jiwa raganya..Namun, kita kena redha andai si dia masih belum kita temui..

Jatuh cinta pada rupa hanya akan berakhir dgn perpisahanJatuh cinta pada hati dan budi pekerti maka akan kekal selamanyaKerana...mencapai yg tersembunyi lebih sukar dari mencapai yg sudah di depan mata

"Adalah sakit menyimpan perasaan pada seseorang tetapi lebih sakit bila tak mampu meluahkan perasaan yg disimpan"

Keikhlasan cinta dtg dari hati. Bukan dari rupa ataupun dari apa yg lebih tentangnya. Cinta dtg dari mata turun pula ke hati tidak dpt di nilai dari kata2 utk membentuk kasih sejati

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP