Raja SMS Menang Lagi


GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi mencipta hatrik apabila sekali lagi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, yang berlangsung di sini, malam tadi.


Mawi, 26, yang meraih 119,268 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi. Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi kali ini merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu bagi anugerah tertinggi itu.



Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi. Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, juga kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.



Mawi a.k.a Raja SMS menang lagi Bintang Paling Popular dalam anugerah Bintang Popular Berita Harian buat kali ke-3 dan mengenepikan Datuk Siti Nurhaliza dan beliau terus gah sebagai penyanyi nombor satu negara.


Berikut keputusan penuh ABPBH malam tadi :-


Bintang Paling Popular - Mawi

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - M. Nasir

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

Artis Berkumpulan/Duo Popular - Sofaz

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular - Dynaz

Artis Komedi Lelaki Popular - Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Popular - Sheila Rusly

Pelakon Filem Wanita Popular - Fasha Sandha

Pelakon Filem Lelaki Popular - Rusdi Ramli

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi



arinna : tak sabar tunggu AIM


4 ulasan:

Neeza Shahril

Ira minat mawi ke? akak...... tak sangat.. suka la dia nyanyi..tapi kurang minat dengan cara dia sekarang ni...

Anonymous

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the SBTVD, I hope you enjoy. The address is http://sbtvd.blogspot.com. A hug.http://sbtvd.blogspot.com/

Anonymous

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.

♥~ir@~♥

kak neeza,,ira pun tk minat sgt mawi nih,,hehe

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP