Satu Hari Di Hari Raya

Sedar tak sedar hari nih dah raya ke sepuloh,,sedar tak sedar gak dah dekat 2 mingu aku tak update blog,,,aku pun tak tau naper aku tak update,,yang aku tau aku malas nak update,,,,hahaha,,giler punya ayat.

Raya tahun nih aku tak beraya sangat sebab aku tak sihat,,aku demam,,sakit kepala yang berterusan,,batuk-batuk,,jadi aktiviti menjelajah rumah ke rumah tuh kurang sikit. Aku lebih banyak duk kat umah layan tv kadang² layan tamu yang datang.

Malam raya aku main bunga api dengan anak² buah dan anak² jiran. Penuh kaki lima rumah aku dengan budak² main bunga api yang di ketuai oleh aku.

Raya pertama,,aku tak kemana²,,hanya duk umah layan tamu yang tak putus² datang.

Raya kedua beraya ke rumah kawan² dan saudara mara,,,4 buah rumah jer aku sempat ziarah.

Raya ketiga ziarah kubur arwah ayah,,pastuh balik umah layan tv,,layan tido,,aku tak layan tamu sebab aku dah rasa tak sedap badan dan kepala aku dah berdenyut².

Raya keempat aku hanya layan tv dan tido.

Raya kelima,,aku nak citer sikit tragedi yang berlaku kat aku. Hari tuh aku bangun lebih kurang pukul 7.30. Lepas berus gigi dan cuci muka aku pegi sarapan. Lepas kemas bilik tidur dan ruang tamu,,aku lepak depan tv sampai pukul sebelas lebih. Pukul 11.40 aku pegi mandi,,ekekeke,,anak dara apa nih tinggi hari belum mandi lagi. aku mandi tak ler lama sangat,,tak sampai pun setengah jam. Dah puas bersiram aku masuk bilik,,,aku keringkan rambut.

Tiba² aku terdengar suara bising² kat luar rumah. Aku keluar bilik dan aku terdengar orang berteriak,,terbakar..!!,,,terbakar,,!!,,,api,,!!,,api,,!!. Suara bising² itu dari rumah jiran aku yang mengadakan kenduri kawin. Aku panik,,tak tau nak buat apa,,mak aku pun aku dah tak nampak,,famili aku yang lain pun tak tau dah pegi mana,,yang aku nampak depan rumah aku dah penuh dengan orang ramai.

Aku dengan perasaan panik pun berlari keluar ke kalilima rumah aku. Tetamu dari rumah orang kawin tuh semua dah lari keluar,,aku dengar ada yang tak sempat nak makan. Tak lama lepas tuh,,seorang pakcik keluar bagitau api dah dapat dipadamkan,, yang terbakar hanyalah sebuah kerusi plastik dan 2 biji dapur jer. Nasib baik tong gas tak terbakar. Camana leh terbakar aku pun kurang pasti.

Aku masih lagi berdiri di kakilima rumah aku sambil mendengar orang bercerita pasal kebakaran tuh. Tiba² abg aku datang dekat aku,,dia tengok aku macam nak telan. Aku heran. Pastuh dia cakap,,"kau ndak malu bediri di sini,,pigi masuk!!. Aku makin heran. Aku tengok diri aku,,,alamak!!,,baru sedar aku hanya berkemban tuala jer. Aku tak sedar masa lari keluar tadi aku masih belum pakai baju. Malunya aku bukan kepalang. Tak tau nak letak muka kat mana. Patutler orang tengok aku semacam jer. Malunyaaaaaaaaaaaaaa!!!!!.


arinna : sampai sekarang aku masih rasa malu ngan jiran² aku.

Salam Lebaran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua

Pemergian Ramadhan Ditangisi
Bulan Penuh Berkah Lagi Dirahmati
Semoga Ramadhan Jumpa Lagi
Kerana Usia Di Tangan Ilahi

Datangnya Syawal Tanda Kemenangan
Sebulan Berpuasa Menahan Cubaan
Sambut Raya Dengan Kemaafan
Moga Bergembira di Hari Lebaran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf di atas segala tutur kata mahupun perbuatan
Sama ada sengaja atau tidak
Antara kita tiada yang sempurna
Salah dan silap adat manusia
Marilah bermaafan sesama kita....

Kepada yang memandu pulang ke kampung berhati-hati...maut jangan dicari...
Sesal di saat itu tiada gunanya tatkala kematian menjemput kita...
Pandu cermat, biar berhemat, janji selamat...

Kad Raya Lagi

Saya dapat kad raya lagi,, terima kasih pada teman² yg telah menghantar kad raya yg comel..terima kasih banyak²

Kad Raya Manje


Kad Raya Cikgu Rashid

Kad Raya allisya

Kad Raya Budak Hutan

Kad Raya nrina

Kad Raya azza


arinna : balik kampung ooo balik kampung,,,,



Untuk Semua


Makasih pada kawan² yang sudi bagi aku kad raya,,i like it,,hehehe,,

kad raya dari ariansem

kad raya dari chempaka



Di kesempatan ini juga aku ingin memberikan kad hari raya pada teman² blogger yang sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini,,,


Photobucket


kad hari raya ini untuk semua teman² blog saya,,

ambik tau jgn tak ambik,,Photobucket

arinna : indahnya sungguh di hari raya,,lalalala,,,

PhotobucketPhotobucket

Edisi Siasat - Mood Raya

Mood pilihanraya dan habis. Sekarang nih mood hari raya pula. Sana sini orang sibuk buat persiapan hari raya. Ada yang beraya sakan,,ada yang beraya sederhana sahaja dan ada yang ala kadar sahaja. Dengan tak disangka-sangka,,kak nrina telah menjalankan edisi siasat (tag) ke atas aku berkenaan dengan hari raya. Walaupun soalannya tak ler susah macam soalan UPSR,,tapi berpeluh-peluh juga nak menjawabnya,,hehee,,Photobucket



Kak nrina juga ada bagi hadiah,,bunga nih ira nak letak atas meja kat ruang tamu masa raya nanti,,hehehe,,terima kasih kak nrina,,Photobucket



Photobucket


1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?

Bape pasang¿ Baju kurung dua psang jer,,kaler maroon dan kaler pink. Baju yang tak berapa nak kurung dua pasang gak. Tengok,,aku beraya sederhana jer kan.


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?


Nasi himpit makan dengan kuah kacang,,suka sangat. Burasa pun suka juga. Tau tak apa tuh burasa¿ Itu adalah makanan tradisi orang Bugis masa hari raya. Kadang² ketupat pun makan juga.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?


Paling suka biskut Nestum buatan mak saya. Biskut yang ada coklat dan kacang hazel saya suka juga.



4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?


Dah tua bangka cam nih ada lagi tak orang nak bagi duit raya¿ jawapannya RM 0.00,,hehee..Selalunya saya sediakan dalam RM 100 lebih jer. Tengok tuh,,betapa murah hatinya saya.



5. Apakah aktiviti malam raya korang?


Selalunya aktiviti malam raya masak dan masak,,hehee,,kemudian buat kek. Tapi saya selalunya habiskan masa depan tv sambil kemas² ruang tamu,,kononnya ler. Yang selalu tolong mak kat dapar kakak dan adik saya. Tengok tuh,,betapa rajinnya saya,,hehe.

Sekian sahaja edisi siasat untuk kali ini. Saya tidak berhajat untuk menjalankan edisi siasat ke atas sesiapa pun. Tapi anda boleh membuat edisi siasat ke atas diri anda sendiri,,hehe.

arinna : Pesanan dari penaja,,berhati-hati di jalan raya di hari raya.




Photobucket Photobucket


Sengal

Bertambah sengal,,

Buat aku geram,,,

Buat aku marah,,

Sengal,,,

Sengal,,,

Sengal,,





Bukan aku yang sengal,,,tapi line tenet kat opis nih,,

makin slow,,

slow,,,

slow,,,

slow,,





akhirnya aku langsung tak boleh online,,huhuhu,,


buat jiwa aku meronta nak online,,,

buat hati aku sakit sebab tak dapat online,,,

rasa cam nak tembak ngan meriam buluh jer tenet nih,,,

Takut kena tembak,,hari nih dia bagi aku online,,,

Naib baik,,kalau tidak berkecai aku tembak,,,


Hari nih 15hb September 2008,,dah 15 hari kita berpuasa,,

Esok 16hb September 2008,,,erkkk,,16¿¿¿,,ada apa dengan 16,,¿¿

Aku tak sabar tunggu 16hb nih,,,akhirnya datang juga,,


nak tau sebab apa¿¿





Sebabnya 16hb september nih Negeri Sabah cuti umum,,yahooooooo,,cuti lagi,,boleh ler aku merayap kat bazaar ramadhan lagi,,



arinna : tak sabar tunggu 16hb,,cutiiiiiiii


Terima Kasih Teman




Aku di tag lagi. Kali ini dari kaklong dan kak allisya. Tapi aku kurang pasti sama ada ini tag ataupun award.Walauapapun terima kasih pada kaklong dan kak allisya. Semoga kita terus bersinar selama Ramadhan.

Tag nih senang saje. Copy jer gambar kat atas tuh dan lepas tuh berikan kepada 5 orang sahabat yang anda ingin tag kemudian bagitahulah sahabat yang anda telah tag itu. Tapi aku tak nak tag sesiapa.

Photobucket Image Hosting


Aku dapat award lagi . Sekali lagi adik cintamiloais telah memberi award kepadaku. Terima kasih adikku cayang,,kau juga bintang di hatiku.

Photobucket Image Hosting


arinna : internet kat opis nih meragam lagi,,slow macam siput sedut

Photobucket Image Hosting

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP