Penghargaan

Aku sungguh gembira. Nak tau kenapa¿¿. Sebab aku dapat penghargaan. Nak tahu penghargaan apa¿¿. Aku dapat penghargaan KREATIV BLOGGER. Aku pun tak tau kat mana kreatifnya blog aku nih.


Inilah penghargaan yang aku dapat dari sultan dan wilda . Terima kasih kepada anda berdua. Saya sungguh gembira dapat menjadi sahabati anda berdua dan semoga persahabatan maya ini akan berkekalan walaupun kita tak saling mengenali.




“ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN ”

Aku bayangkan aku menang pelakon wanita terbaik...hahahaha,,,,

1. The winnier may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage for your nominess.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,saya sungguh terharu dan tak menyangka akan menerima anugerah ini. Terima kasih kepada kepada pihak penganjur dan juga kepada mereka yang telah berbesar hati menganjurkan majlis yang sungguh gilang gemilang ini. Di masa akan datang buat ler lagi majlis seperti ini dan berilah saya anugerah lagi yer,,,saya tak kisah jika di beri penghargaan sekali lagi di masa akan datang".

Anugerah bagi Kreatif Blogger. Para pemenang adalah...

Terimalah penghargaan yang tak seberapa dari saya tanda persahabatan kita di alam maya. Semoga persahabatan kita berkekalan.



08.08.08






Cantik kan tarikh nie 08.08.08..,,sama bolat,,hehehe,,tentu ramai yg pilih tarikh nie utk jadikan tarikh bersejarah dlm hidup diaorang semua tak kiralah tarikh utk bertunang, tarikh utk melangsungkan perkahwinan atau pun tarikh untuk memulakan percintaan. Tak pun ada yg memilih tarikh untuk bersalin,,hahaha,,boleh ker¿.




Aku pula nak buat apa hari nih eh¿,,nak bertunang,,tak mungkin,,nak kawin,,,lagi ler tak mungkin,,nak memulakan percintaan,,berkemungkinan tidak,,,nak beranak tuh sungguh ler mustahil.


Aku akhirnya memilih untuk update blog aku,,saje nak rekod bahawa pada tarikh 08.08.08 aku ada update blog aku,,,kehkehkeh,,,dan terhasil lah entry merapu ini.


arinna : pada sesiapa yang bertunang hari nih,,aku doakan semoga sampai ke jinjang pelamin,,pada yg melangsungkan perkahwinan semoga kekal hingga ke tahun 20.20.20,,hehehe..;p




Photobucket





Kehebatan cinta


Setahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku

Sedangkan aku penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskan mu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku

Sedangkan aku penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskan mu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran di dalam percintaan


Tentu korang tau lagu nih dan pernah dengar lagu ni. Lagu yang dinyanyikan oleh Salem Iklim nih tengah hits sekarang. Setiap hari diputarkan di corong radio.Tajuk lagu Cinta 3 Segi. Korang juga tentu pernah dengar kisah di sebalik lagu ni. kalau aku tak silap,,mula² dulu lagu nih di beri tajuk Lagu Dari Penjara dan dinyanyikan oleh seorang banduan.,,ntahler,,aku pun tak pasti sangat tentang cerita tuh.

Kalau dengar lagu nih memang sedih. Lirik dia pun menyentuh perasaan. Kisah keperitan hati seseorang yang ditinggalkan kekasih. Dan aku sendiri pernah melaluinya. Betapa sakit dan kecewanya bila seseorang yang kita sayang mencampakkan kita macam sampah setelah mendapat orang lain. Derita tak usah cakap ler. Tapi alhamdulillah aku dapat melaluinya walaupun masih sukar untuk melupakannya.

Sebenarnya ada apa dengan cinta sehingga orang sanggup membunuh kerananya. Hebat sangat ke cinta itu. Kenapa ada manusia yang sanggup jadi hamba cinta¿ Butakah cinta atau manusia yang telah dibutakan oleh cinta¿ Kenapa manusia sanggup lakukan apa saja demi cinta¿. Ada yang jadi gila kerana cinta.Ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Betapa hebatnya kuasa cinta.


arinna : dah malas nak pikir pasal cinta....


Photobucket

Aku Sangat Bosan


Petang ini aku sangat bosan. Tak tau nak buat apa. kerja pun tak banyak hari nih.Bila kerja dah tak banyak,,rasa bosan akan menguasai diri. Aku berjalan,,ke sana,,ke mari,,turun bawah,,alih alih depan pc juga yang ku tuju.

Bila dah bosan..perasaan aku mula ler jadi emo. Macam² ada dalam fikiran aku. Fikiran aku automatik akan mengimbau kisah setahun yang lalu,,kenangan yang aku ingin lupakan,,tak boleh.Kenangan yang menyeksa perasaan aku hingga sekarang. sungguh menyakitkan. Aku jadi sayu dan tanpa sedar air mata menitis.

Arghhh!!!...aku benci dengan perasaan ini,,mengapa perasaan ini sering hadir dalam diri aku.Ingin ku bunuh saja perasaan ini,,aku benci kamu,,,sungguh,,aku benci,,.


arinna : sungguh,,aku benci bila bosan,,tapi rasa bosan sering saja hadir,,arghhhhhhh!!!


Photobucket


Peribahasa Moden

Aku dapat nih dari email,,,jum layan,,,

1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer

3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus

4. Biar putih tulang jgn putih muker
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak......be proud of what you are.

5. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk
Maknernyer: Kentotlah...

6. Seperti kacang luperkan mamak
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan dia.

7. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....tengah ke...baring ke.

8. Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?

9. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.


arinna: hahhahaha,,lawak giler,,,,

Photobucket

Aku di Ragut

Korang pernah kena ragut tak?,,aku nak citer sikit la pengalamam aku kena ragut. Bila sebut pasal ragut nih,,apa yang bermain dalam kepala otak korang?.

Dalam Kamus Dewan perkataan ragut bermaksud menarik dengan paksa atau dengan kekuatan dan juga kehilangan sesuatu secara paksa.

Ok ler,,berbalik pada pengalaman aku kena ragut,,kisah nih terjadi kira² 5 tahun lepas,,aku masih belajar lagi waktu tuh. Ada satu hari tuh aku pergi melawat kawan aku yang tengah sakit kat rumah dia. Rumah dia tak ler jauh sangat,,dalam 10 minit perjalanan menaiki bas dari rumah aku. Aku lepak rumah dia dalam 1 jam lebih. Borak punyer borak tak sedar hari dah petang,,aku pun meminta diri untuk pulang.aku keluar dari rumah kawan aku tuh lebih kurang dalam pukul 4.30 petang.

Dari rumah kawan aku tuh nak pergi ke stesen bas yang berdekatan jauh juga,,lebih kurang 10 minit kalau berjalan kaki sambil berlenggang kangkung Mak Limah. Disebabkan aku tak buat lenggang kangkung Mak Limah tuh,,tak sampai 10 minit aku dah sampai kat stesen bas tersebut. Bila aku sampai,,tak ada orang kat situ. Lima minit tunggu,,bas tak sampai² lagi. Dari jauh aku nampak 2 orang lelaki datang dari arah semak kat belakang stesen bas tersebut. Kalau korang nak tau,,kat belakang stesen bas tersebut adalah tanah terbiar yang mana lalang dah hampir sama tinggi ngan aku kut,,dan di sebalik tanah terbiar tersebut adalah kawasan setinggan yang kebanyakan penduduknya adalah pendatang Filipna.

Dua orang lelaki tersebut menuju ke arah aku tapi aku buat tak tau jer,,dari kejauhan aku nampak bas yang aku tunggu dah muncul. Tiba² aku rasa ada orang menarik hand bag aku,,aku pun tak sedar bila 2 orang lelaki tersebut datang dekat kat aku. Sekali tarik jer mereka dah dapat hand bag aku.Korang bayangkan,,aku dengan kudrat seorang perempuan yang anggun lemah nak melawan 2 orang lelaki,,nasib baik ler dorang tak apa² kan aku. Setelah dapat hand bag tuh,,mereka pun lari ke arah kawasan tanah terbiar tersebut. Yang aku hairan,,suara aku tak terkeluar nak menjerit minta tolong,,yang aku ingat aku hanya menangis sambil melihat peragut tersebut lari. Waktu aku kena ragut tuh,,bas yang aku nampak tadi tuh dah dekat nak sampai kat stesen bas tuh,,aku rasa penumpang² bas tuh nampak aku kena ragut tuh,,masa bas tuh berhenti kat stesen bas,,2 orang peragut tadi masih belum lari jauh lagi,,kalau ada orang kejar aku rasa boleh dapat peragut tuh tapi mereka hanya tengok saje. Waktu tuh aku berharap juga kut² muncul Spiderman ker,,Batman ker,,ultraman ke tolong aku,,,huhuhu.

Aku dengan perasaan marah,,geram,,sedih tak jadi naik bas itu,,lagipun bas tuh dah penuh,,orang berdiri sampai kat tangga takkan aku nak naik. Aku menahan sebuah teksi yang muncul tiba²,,aku tak peduli waktu tuh aku tak ada duit sesen pun nak bayar tambang teksi. Abang teksi tuh tanya kenapa aku nangis,,aku pun dengan bangganya sedihnya ceritakan ler apa yang terjadi kat aku.

Kalau aku ingat kejadian tuh,,aku rasa macam nak bunuh jer peragut tuh. Sampai sekarang nih memang aku trauma giler. Nasib baik ler hand bag aku jer yang kena ragut. Tak pasal² aku kena buat kad pengenalan baru,,kad bank baru.


arinna : panjang giler entri aku kali nih,,hehehe

PhotobucketPhotobucket

aku Kembali,,kembalinya aku,,

yuhuuuuuuu,,rindunya aku ngan blog aku yg tomei nih,,hehehe
dah seminggu aku tak update blog nih,,
terima kasih pada mereka yang sudi menjenguk blog
aku nih walaupun aku tak update,,


korang nak tau kemana aku menghilang selama
seminggu nih,,,,hehee

aku dapat mc hari isnin dan rabu last week,,
aku kena demam panas,,batuk yg teruk,,sekarang nih pun masih batuk lagi,,

pas tuh hari khamis sepatutnya aku dah masuk keje,,
tapi aku sambung cuti lagi hinga jumaat,,
sebab aku rasa aku belum sihat sangat
aku masih nak rehat kat rumah,,

semalam hari isnin aku dah mula kerja,,
dah cuti seminggu tuh,,
banyak ler kerja yang menanti,,,aduiiiiiiiiii
dah dekat nak balik baru ler aku sempat online sekejap,,
sempat gak ler jenguk blog kawan²,,
reply msg,,hehehe


arinna : sambung keje lu,,,,chauuuuuuu,,,


PhotobucketPhotobucketPhotobucket


Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP