Satu Hari Di Hari Raya
Sedar tak sedar hari nih dah raya ke sepuloh,,sedar tak sedar gak dah dekat 2 mingu aku tak update blog,,,aku pun tak tau naper aku tak update,,yang aku tau aku malas nak update,,,,hahaha,,giler punya ayat.
Raya tahun nih aku tak beraya sangat sebab aku tak sihat,,aku demam,,sakit kepala yang berterusan,,batuk-batuk,,jadi aktiviti menjelajah rumah ke rumah tuh kurang sikit. Aku lebih banyak duk kat umah layan tv kadang² layan tamu yang datang.
Malam raya aku main bunga api dengan anak² buah dan anak² jiran. Penuh kaki lima rumah aku dengan budak² main bunga api yang di ketuai oleh aku.
Raya pertama,,aku tak kemana²,,hanya duk umah layan tamu yang tak putus² datang.
Raya kedua beraya ke rumah kawan² dan saudara mara,,,4 buah rumah jer aku sempat ziarah.
Raya ketiga ziarah kubur arwah ayah,,pastuh balik umah layan tv,,layan tido,,aku tak layan tamu sebab aku dah rasa tak sedap badan dan kepala aku dah berdenyut².
Raya keempat aku hanya layan tv dan tido.
Raya kelima,,aku nak citer sikit tragedi yang berlaku kat aku. Hari tuh aku bangun lebih kurang pukul 7.30. Lepas berus gigi dan cuci muka aku pegi sarapan. Lepas kemas bilik tidur dan ruang tamu,,aku lepak depan tv sampai pukul sebelas lebih. Pukul 11.40 aku pegi mandi,,ekekeke,,anak dara apa nih tinggi hari belum mandi lagi. aku mandi tak ler lama sangat,,tak sampai pun setengah jam. Dah puas bersiram aku masuk bilik,,,aku keringkan rambut.
Tiba² aku terdengar suara bising² kat luar rumah. Aku keluar bilik dan aku terdengar orang berteriak,,terbakar..!!,,,terbakar,,!!,,,api,,!!,,api,,!!. Suara bising² itu dari rumah jiran aku yang mengadakan kenduri kawin. Aku panik,,tak tau nak buat apa,,mak aku pun aku dah tak nampak,,famili aku yang lain pun tak tau dah pegi mana,,yang aku nampak depan rumah aku dah penuh dengan orang ramai.
Aku dengan perasaan panik pun berlari keluar ke kalilima rumah aku. Tetamu dari rumah orang kawin tuh semua dah lari keluar,,aku dengar ada yang tak sempat nak makan. Tak lama lepas tuh,,seorang pakcik keluar bagitau api dah dapat dipadamkan,, yang terbakar hanyalah sebuah kerusi plastik dan 2 biji dapur jer. Nasib baik tong gas tak terbakar. Camana leh terbakar aku pun kurang pasti.
Aku masih lagi berdiri di kakilima rumah aku sambil mendengar orang bercerita pasal kebakaran tuh. Tiba² abg aku datang dekat aku,,dia tengok aku macam nak telan. Aku heran. Pastuh dia cakap,,"kau ndak malu bediri di sini,,pigi masuk!!. Aku makin heran. Aku tengok diri aku,,,alamak!!,,baru sedar aku hanya berkemban tuala jer. Aku tak sedar masa lari keluar tadi aku masih belum pakai baju. Malunya aku bukan kepalang. Tak tau nak letak muka kat mana. Patutler orang tengok aku semacam jer. Malunyaaaaaaaaaaaaaa!!!!!.
arinna : sampai sekarang aku masih rasa malu ngan jiran² aku.