Satu Hari Di Hari Raya

Sedar tak sedar hari nih dah raya ke sepuloh,,sedar tak sedar gak dah dekat 2 mingu aku tak update blog,,,aku pun tak tau naper aku tak update,,yang aku tau aku malas nak update,,,,hahaha,,giler punya ayat.

Raya tahun nih aku tak beraya sangat sebab aku tak sihat,,aku demam,,sakit kepala yang berterusan,,batuk-batuk,,jadi aktiviti menjelajah rumah ke rumah tuh kurang sikit. Aku lebih banyak duk kat umah layan tv kadang² layan tamu yang datang.

Malam raya aku main bunga api dengan anak² buah dan anak² jiran. Penuh kaki lima rumah aku dengan budak² main bunga api yang di ketuai oleh aku.

Raya pertama,,aku tak kemana²,,hanya duk umah layan tamu yang tak putus² datang.

Raya kedua beraya ke rumah kawan² dan saudara mara,,,4 buah rumah jer aku sempat ziarah.

Raya ketiga ziarah kubur arwah ayah,,pastuh balik umah layan tv,,layan tido,,aku tak layan tamu sebab aku dah rasa tak sedap badan dan kepala aku dah berdenyut².

Raya keempat aku hanya layan tv dan tido.

Raya kelima,,aku nak citer sikit tragedi yang berlaku kat aku. Hari tuh aku bangun lebih kurang pukul 7.30. Lepas berus gigi dan cuci muka aku pegi sarapan. Lepas kemas bilik tidur dan ruang tamu,,aku lepak depan tv sampai pukul sebelas lebih. Pukul 11.40 aku pegi mandi,,ekekeke,,anak dara apa nih tinggi hari belum mandi lagi. aku mandi tak ler lama sangat,,tak sampai pun setengah jam. Dah puas bersiram aku masuk bilik,,,aku keringkan rambut.

Tiba² aku terdengar suara bising² kat luar rumah. Aku keluar bilik dan aku terdengar orang berteriak,,terbakar..!!,,,terbakar,,!!,,,api,,!!,,api,,!!. Suara bising² itu dari rumah jiran aku yang mengadakan kenduri kawin. Aku panik,,tak tau nak buat apa,,mak aku pun aku dah tak nampak,,famili aku yang lain pun tak tau dah pegi mana,,yang aku nampak depan rumah aku dah penuh dengan orang ramai.

Aku dengan perasaan panik pun berlari keluar ke kalilima rumah aku. Tetamu dari rumah orang kawin tuh semua dah lari keluar,,aku dengar ada yang tak sempat nak makan. Tak lama lepas tuh,,seorang pakcik keluar bagitau api dah dapat dipadamkan,, yang terbakar hanyalah sebuah kerusi plastik dan 2 biji dapur jer. Nasib baik tong gas tak terbakar. Camana leh terbakar aku pun kurang pasti.

Aku masih lagi berdiri di kakilima rumah aku sambil mendengar orang bercerita pasal kebakaran tuh. Tiba² abg aku datang dekat aku,,dia tengok aku macam nak telan. Aku heran. Pastuh dia cakap,,"kau ndak malu bediri di sini,,pigi masuk!!. Aku makin heran. Aku tengok diri aku,,,alamak!!,,baru sedar aku hanya berkemban tuala jer. Aku tak sedar masa lari keluar tadi aku masih belum pakai baju. Malunya aku bukan kepalang. Tak tau nak letak muka kat mana. Patutler orang tengok aku semacam jer. Malunyaaaaaaaaaaaaaa!!!!!.


arinna : sampai sekarang aku masih rasa malu ngan jiran² aku.

21 ulasan:

alif-mikail

Lain kali beritahu kat koi.. boleh koi snap gambar.. ahahahhahaha


Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Darab Dua

hahaha~
seb baik gua tada ditempat kejadian,
klu dh lama gua fotokan lu

Darab Dua
This comment has been removed by the author.
kaklong

hehehe..:)

Anonymous

alamaak.. kuih raya dah rentung :(

Denanz ...

aahh ... apa nak dimalukan. time emegency sume boleh jadi.
sib baik ...

~Cinta Cukulet~

sama la kita kak ira..demam, batuk...uwaaa..sampai sekarang pun tak sembuh2 lagi..

owh ya...tak de wartawan buat liputan ke pasal kes kak ira ni? hehe gurau je

eedany

mestilah panik kan kalau sudah kecoh macam tu...nasib ada tuala. hihihi...

Jgn marah...

Rashid

Kenapa la abang tu lambat sangat balik rumah ya.. Rasa terkejut bisa mengundah-gulanakan hati. Rasa terkejut boleh buat kita lupa apa yang kita akan buat dan telah buat..

Sekurang-kurangnya jadi kenangan...
Tak sengaja tak salah dan jangan rasa bersalah.

oyett

alaaa..rugi laaa tak dpt tgk....cessss

Unknown

ehh..camna bulih tk perasan ni...nasib baik tv3 blum smpai..kalu tidak tk dapek deng nk nolong nyo..

Adry

wah... nasib berkemban... kalau kosong jak lagi la.. hhehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com

Rahimin Idris

muahahaha gelakkan dia.

eh, maaf zahir batin.

hahaha

man_helang

wei...ko patut di sensorkan oleh juri blogger ko tau tak...kah kah kah..

13may

hehhe hehhe...

dah nak abis syawal dah nih :D

Al Hadi

wah panik betul tu!

Neeza Shahril

hehehe.. takleh akak bayangkan keadaan ira masa tu..

agak2nya, ada tak orang ambik gambar? hehee..

Adry

Salam... uiii lamanya tak update...

Anonymous

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

en_me

malu gittewwww..

Intan Hanina

uih.. mana pi tuan rumah neh?

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP