Madah Wanita
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
arinna: jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita,,yeehaaaa,,,
6 ulasan:
salam arinna.
wah wah bukan main perli kaum abg ya.. abg pun terasa kena cuit sikit. w/b/pun bagus juga kerana ada kebenarannya.. moga kaum abg yang dah beristeri tu cubalah faham ya. kasihan isteri tuuuuuu. Masa sedang jatuh cinta dulu tu bukan main lagi dgn madahnya 'gunung yang tinggi kan kudaki, lautan api kan kurenangi, lurah yang dalam kan kuturuni'... so, fikir dan renungkanlah..
tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia... errr.. pinjam kata2 sape entah tu..
tapi memang sebenarnya wanita tu lemah lembut diluar tapi cekal didalamnya... jangan memain hehehh...
mana dapat nih???
hehhe hehhe
mane ada sebelah mata...
kita org laki pandang pompuan ngan 2 belah mata ape...
kadang2 tu siap terbeliak dua2 belah mata pandang pompuan...:D
cikfu rashid -> tau tk pe,,hehehe,,bukan nak perli tapi itu la hakikatnya,,
kak neeza -> betul tuh kak neeza,,wlaupun nmpak lembut,,tp kt dalam keras cam waja,,hehee
13may ->ingat awk jer leh kondem pompuan,,hehehe
sultan -> awk tgk pompuan cam tuh ker,,terbeliak mata,,hehe
ira, u are so true..
tp kdg2 kebenaran mcm nih mmg susah nk diterima oleh mereka..
diam kita bkn bererti mengalah cuma tidak mahu memanjangkan je :-)
Post a Comment