Kurang Sehat

Sejak dua tiga hari nih,,sakit kepala aku datang lagi,,
dah lama sakit kepala aku ni tak datang,,
untuk meredakan kesakitan terpaksa ler aku telan 2 biji panadol

pagi ini pula tahap kesihatan aku makin menurun
mata aku pedih,,kepala rasa berdenyut-denyut,,badan rasa panas
ada kah ini tanda² aku akan di serang DEMAM¿¿
batuk pun belum baik lagi ni,,nak demam lagi,,,ooooooo TIDAKKKK!!!

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni,,
pagi sampai tengah hari panas giler
Bila petang jer bertukar mendung,, di susuli dengan hujan dan ribut petir

Malam tadi aku memang dah rasa lain macam dah
badan aku rasa sejuk semacam,,
sebab petang semalam masa balik keje,,aku terkena hujan,,
basah gak la baju aku walaupun tak lencun,,
walaupun memakai payung,,tapi tak terlawan dengan hujan lebat dan angin kencang

petang ni kalau hujan lebat lagi,,
mesti kena hujan lagii,,huhuhu


arinna : bersedia atau tidak,,,bolos redah aje hujan itu,,,


PhotobucketPhotobucket

Terima Kasih





Terima kasih tak terhingga pada semua yang

memberi aku semangat untuk terus berblogging,,

kalau tak kerana korang semua agaknya

blog nih dah tak wujud lagi

aku hampir putus asa dah nak terus berblogging

tapi bila aku pikir balik,,

betul gak cakap korang,,

wat pe nak pening kan kepala otak pikir semua tuh,,

hanya dua tiga orang jer yang tak suka ngan entry aku tuh,,

tapi ramai lagi yang suka,,

so biarkan jer la mereka yang tak suka tuh kan

sekali lagi terima kasih pada semua yang memberikan komen²

aku amat menghargainya

sayang korang

muuaahssssssss


arinna : aku tak akan mengalah lagi,,yeehaaaaaaaaa


PhotobucketPhotobucket








Tidak Puas Hati

Sedih dan tak puas hati,,,itu la yg aku rasa skang nih,,,uwaaaaaaa,,,ada org cakap aku nih kenegerian,,

Kenegerian ker kalau aku nak paparkan kat blog aku nih makanan kegemaran aku,,bukan ker makanan Sabah tuh bermakna makanan orang malaysia gak,,apasal pula dia tak puas hati,,,

Pening kepala otak aku memikirkannya sehingga membuatkan jiwa raga ku tak keruan,,aku tak suka bila orang cakap aku cam tuh,,

Kepada orang yg berkenaan,,sori ler kalau ko rasa tak puas hati dengan entry aku tuh yerrr,,entry aku tuh tak ada sangkut paut dengan mereka yang masih hidup mau pun yang telah meninggal,,,saje jer aku nak kongsi ngan kawan² aku kat blog nih makanan orang Sabah,,


arinna : aku nak cari ketenangan untuk kepala otak dan jiwa raga aku yg tak keruan nih,,stop berblogging tuk sementara waktu


Photobucket

Jalan-Jalan Cari Makan

Kali nih aku nak kongsi ngan korang sumer makanan kegemaran aku,,dan juga merupakan makanan tradisi orang sabah.

Pertama sekali Nasi Kuning,,sama juga ler macam Nasi Lemak,,selalu di makan waktu sarapan pagi. Nasi Kuning ni dimasak dengan santan dan di letakkan serbuk kunyit untuk bagi warna kuning tuh dan selalu di makan dengan ayam goreng, ikan goreng ataupun telur rebus.Sambalnya pula diperbuat daripada cili kering yang dikisar dan di tumis dengan bahan² asas yang lain.


nasi kuning
Makanan kedua pula,,ialah Ambulung yang diperbuat daripada sagu ataupun di Sabah di panggil Ambuyat. Ambulung nih di makan dengan sambal mangga. Mangga di cincang halus kemudiam di tumbuk dengan cili padi dan udang kering,,kalau nak lagi sedap letak ler banyak² cili padi tuh,,memang sedap giler,,hehehe

ambulung

arinna : aku sebenarnya tau makan jer,,hehehe,,masak tuh kureng sikit,,,


PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Madah Wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri


Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari


Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan




arinna: jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita,,yeehaaaa,,,


Photobucket

Lagi Kes Liwat

Tk habis² lg kes liwat meliwat nih,,tk ada keje lain ke dorang nih,,benda tekutuk tu gak nak di buat,,mamat yg mengaku dirinya di liwat tuh seorang pemimpin pelajar berusia 23 tahun dan juga pembantu kepada Anuar Ibrahim,,betul ke di liwat,,bukan senang nak meliwat secara paksa nih,,lebih² lagi nak meliwat kaum sejenis,,kalau pompuan maybe la sbb kudrat dorang tak seberapa,,lain ler kalau suka sama suka. Dah la tuh,,mamat nih mendakwa di liwat beberapa kali,,isk,,coba korang pikir,,ada unsur² paksaan ker¿,, kenapa baru sekarang nak buat laporan polis,,

Aku sebenarnya tk minat sgt nak tulis isu politik nih,,tapi kes liwat nih membuat aku teringin nak paparkan dalam blog nih. Sama ada ini satu konspirasi atau political game,,,korang pikir la
sendiri,,,


arinna : donia,,donia,,,







Aku Yang Lemau

Hari ini aku berada di tahap lemau yg terlampau,,palotak aku tk boleh berfungsi dengan betul,,mata aku asyik nak tertutup,,mulut asyik menguap,,(yg nih penangan euro2008) aku penat sgt,,minggu lepas aku tidak mendapat rehat yg secukupnya kerana minggu lepas aku telah di kerah oleh bos aku untuk bekerja 7 hari seminggu,,sebab apa??..sebab ada tender yg kena disiapkan mema ndangkan date line dia pada hari ini. Rosak semua program ujung minggu aku. Hari ini aku ingat nak ambil cuti satu hari,,aku nak tido puas²,,jadi pagi² lagi dengan mata yg susah nak buka nih,, aku call bos aku,,tapi bila aku tgk hp aku,,uikss,,nape tk ada coverage nih,,langsung tk leh call,,huh,,malas nyer,,terpaksa ler aku kuar bilik sbb nak gunakan telefon rumah,,,biler aku call hp bos aku pun tk leh,,apa kena ngan lak ngan maxis nih,,jadi aku pun telefon ler nombor rumah dia,,

Aku: “Bos,,sya mau minta cuti bah ini hari,,mau rehat dulu,,”
Bos: “Ndak bulih ,,tender satu lg tuh mau dikasi siap juga,,lain kali lah kau ambik cuti
Aku: Tapi dateline dia kan ada 4 ari lagi,,”
Bos: “Ndak bulih,,ko turun keja dulu,,aku mau pg KK nih,,besok ada meeting ,,ko kasi siap itu tender,,”
Aku: “oklah bos,,”


Punyer la hampa dan kecewa aku,,rosak impian aku nak membuta sepanjang hari,,apa nih bos,,QS kan leh buat,,nak aku juga,,mati ler cam nih.,,tapi aku hanya berani cakap-cakap belakang,,hahaha,,jadi dalam keadaa lemau dan mengantuk nih aku turun gak ler keje,,

arinna : waktu aku taip entry nih,,line maxis masih belum pulih lagi,,dah seharian aku tak guna hp,,aduiiiii,,bila nak pulih nih,,

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP