~~Kau tidak akan pernah memahami~~

Aku Hindari kau Kerana Tidak Mahu Hati Terluka
Kerana aku Sudah Puas Mengejar Bayanganmu
Mencari-Cari Dan kau Masih Tidak Acuh Sahaja

Aku Jauhi kau Kerana Tidak Mahu Ada Airmata
Kerana aku Sudah Puas Menebal Muka
Menganggap Tiada Apa Berlaku Antara Kita

Yang Akhirnya aku Tewas Di Penghujung
Aku Kalah Kerana aku Terlalu Lelah
Berpura-Pura Dan Berdusta
Yang aku Bahagia
Sedang kau
Tidak Pernah Untuk Mengambil Tahu
Bila Hati Sudah Berasa Jemu

Aku Letakkan Diri Di Tempat Yang Jauh
AkuTak Mahu Menghampiri Kerana Ada Sendu Sahaja
Aku Ingin Berlari Jauh Agar Tidak Ketemu Dengan kau
Kerana Tiap Luka Di Hati Tidak Pernah kau Peduli

Aku Ingin Ketawa Sahaja
Tetapi Melihat kau Di Situ Begitu Bahagia
Aku Pasrahkan Hati Menerima
Antara Kita Sebenarnya Tiada Apa-Apa

Aku Ingin Berlari Ke Langit Dan Tak Mahu Jejak Ke Bumi Lagi
Biar Rindu Mati Di Situ Dan Biarkan kau Berlalu
Aku Ingin Menyelam Ke Lautan Dan Tak Muncul-Muncul Lagi
Biar Kasih Lemas Di Dasar Dan Biarkan kau Pergi

Aku Cuba Padamkan Semuanya
Namun Bila Malam Menjelma Hanya Suara Unggas Yang Ada
Aku Jadi Pilu, Mata Basah Dan Saya Tersedu-Sedu
Aku Menutup Telinga Kerana Sayup Terdengar
Suara kau Memanggil-Manggil Mesra
Aku Tidak Ingin Bermimpi
Kerana Hanya Bayang Yang Berbalam-Balam Di Sana

Aku Rasa Sepi, Lantas Sunyi Menari-Nari
Aku Cuba Lelapkan Mata Menutup Rapat Kelopaknya
Aku Tidak Ingin Bangun-Bangun Lagi
Aku Tidak Ingin Keseorangan Merasainya Seorang Diri
Tetapi kau Di Sana Tetap Tersenyum Sahaja

Ingin aku Tanyakan Kepada kau Setulus Hati Menjawab Soalan
Sejahat Manakah aku Di Ciptakan Hingga Ini Yang kau Berikan
Aku Jadi Keliru Dan Ingin Kaku Membeku Di Sini
Meyakinkan Hati Inilah Takdir Ketentuan Ilahi

Usah Datang Membawa Tawa Usah Datang Membawa Senda
Kerana Tiap Apa Yang kau Pamerkan padaku Hanya Ada Airmata Sahaja
Simpati kau Amat ku Pinta
Jauhi Dari aku Kerana aku Begitu Luka
Melihat kau Begitu Bersahaja Seolah Tiada Apa-Apa
Seakan Sedikit Pun aku Tidak Percaya Hati Ini Sebenarnya Telah Di Luka

Tak Dapat aku Maafi Diri Ini
Kerana
Terlalu Lama Membiarkan kau Mempersendakannya
Tak Akan Dapat aku Ubati Luka Ini Kerana Darah Merahnya Masih Ada
Ingin aku Nipiskan Parut-Parut Yang Ada Agar akuTidak Selalu Teringatkan dirimu
Ingin aku mencari Penawarnya Agar Tiada Lagi Sengsara

Aku seadanya lelah Mencari Kasih
Namun Sendaan Ini Yang kau Pamerkan
Aku Ingin Diam Di Sini Dan Berfikir Sejenak
Terlalu Lama Membuang Masa Membiarkan kau Bermaharajalela
Menanam Luka Dan Mengguris Parah Hati Yang Mendamba
hingga aku Jadi Begitu Tidak Waras

Kaki Ini Tiada Haluan
Aku Tetapkan Hati Mengingati Ilahi,
Segala Kepahitan Ini
Qada Dan Qadar Yang Perlu Aku Patuhi

Mungkin Ini Yang Tertulis Sedari Azali
Jalan Malap Ini Yang Perlu aku Susuri
Aku Gagahi Diri Menempuh Dugaan Sekecil Ini Dari Ilahi
Mengingatkan Hati, Ini Bukan Yang aku Mahukan Terjadi
Seharusnya aku Harus Bangkit Dan Menepis Segala Sendaanmu

Tak Perlu aku Bertanya Dan Mengharap Lagi
Semua Yang Indah-Indah Bagi dirimu Hanya Lakonan Sementara
Bahagialah kau Bersama Dia Dan Bersama Sesiapa Sahaja
Seperti Itu Yang kau Pinta

Senyumlah Atas Kelukaan Ini,
Aku Pasrahkan Diri Menerima Semuanya Sebagai Ujian Seketika
Ilahi Mengizinkan Lagi Nafas Ini
Dan aku Gunakannya Bersama Ketabahan Dan Kesabaran Hati

Kau Mendekati diriku Dengan Segala Hormat Yang Ada
Tetapi Menjauhkan diri Dengan Cara Begitu Sahaja
Walau Bukan Begini Akhirnya Yang aku Dambakan
Namun aku Akurkan Atas Semuanya
Pilihanmu Begini,Namun aku Tiada Daya Bersuara Lagi
Mungkin Hati kau Terlalu Bahagia Bersama si dia
Dan Tak Peduli Atas Apa Yang Di Sisihkan Ke Tepi

Berjanjilah,
Bahwa aku Yang Terakhir Mangsamu
Hati Di Persenda Dan Diri Di Luka
Parahnya Mungkin Tidak Terasa
Andainya kau Berlalu Dan Pergi Dengan Kata-Kata
Pasti Akan ku Akurkan Setulus Hati
Kerana Tidak Guna Bersama Tetapi Tiada Bahagia

Namun Bila kau Pergi Dengan Tiada Kata Putusnya
Diri Jadi Sebegitu Hina
Seolah aku Ini Bukan Manusia

Ini Terakhir Kalinya
Sungguh-Sungguh Yang Terakhir
Aku Tidak Akan Mengulanginya Untuk Kesekian Kali
Aku Ingin Matikah Bicara Di Sini

Kerana
Aku Sudah Terlalu Lama Memendam Rasa
Hingga aku Lupa Untuk Berfikri Secara Realitinya
Biar Kasih Ini Mati Sendiri
Biar Rindu Ini Membawa Haluan Untuk Berlabuh
Kerana Penatnya Menanti
Hanya Ilahi Yang Mengehtahui

Cukuplah Yang Sudah-Sudah
Biar Matahari Sahaja Yang Memancar-Mancar
Bukan Angin Yang Membawa Taufan Dan Hujan Tak Berhenti

Tidak Ingin aku Teruskan Kata-Kata
Kerana Sampai Bila-Bila Pun
Kau Tidak Akan Pernah Memahaminya

Kerana Definisi Hidup mu
Aku Pasti Hanya Ada Gurau Dan Ketawa Sahaja
Lantas Kesedihan Itu Tidak Dapat kau Mengertikan
Dengan Kata-Kata Dan Cara

Jauhi aku
Andai Masih Ada Simpati dihatimu.

0 ulasan:

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP