~~Sesungguhnya Kita Patut Bersyukur….~~
1. …. bagi suami/isteri yang TIDUR BERDENGKUR pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. …. bagi anak atau adik-adik kita yang mengomel atau MERUNGUT apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan menjadi BOHSIA atau MAT REMPIT di jalanan.
3. …. untuk CUKAI PENDAPATAN yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai PEKERJAAN.
4. …. untuk pakaian kita yang dah TAK MUAT, kerana itu bermakna kita CUKUP makan.
5. …. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang PERLU DIKEMAS, kerana itu bermakna kita mempunyai TEMPAT TINGGAL untuk berteduh.
6. …. untuk bunyi BISING JIRAN-JIRAN, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh MENDENGAR.
7. …. untuk timbunan pakaian yang perlu DICUCI atau DIGOSOK kerana itu bermakna kita ada PAKAIAN untuk dipakai.
8. …. untuk keletihan atau KESAKITAN otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih BERUPAYA untuk kerja kuat.
9. …. untuk tempat letak kereta yang JAUH DARI LIF, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk BERJALAN.
10. …. untuk jam loceng yang BERDERING pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita MASIH HIDUP untuk meneruskan hari tersebut….
Jadi, Belajarlah Bersyukur Dengan Apa Yang Ada..
0 ulasan:
Post a Comment