Kehebatan cinta


Setahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku

Sedangkan aku penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskan mu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku

Sedangkan aku penawar dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskan mu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran di dalam percintaan


Tentu korang tau lagu nih dan pernah dengar lagu ni. Lagu yang dinyanyikan oleh Salem Iklim nih tengah hits sekarang. Setiap hari diputarkan di corong radio.Tajuk lagu Cinta 3 Segi. Korang juga tentu pernah dengar kisah di sebalik lagu ni. kalau aku tak silap,,mula² dulu lagu nih di beri tajuk Lagu Dari Penjara dan dinyanyikan oleh seorang banduan.,,ntahler,,aku pun tak pasti sangat tentang cerita tuh.

Kalau dengar lagu nih memang sedih. Lirik dia pun menyentuh perasaan. Kisah keperitan hati seseorang yang ditinggalkan kekasih. Dan aku sendiri pernah melaluinya. Betapa sakit dan kecewanya bila seseorang yang kita sayang mencampakkan kita macam sampah setelah mendapat orang lain. Derita tak usah cakap ler. Tapi alhamdulillah aku dapat melaluinya walaupun masih sukar untuk melupakannya.

Sebenarnya ada apa dengan cinta sehingga orang sanggup membunuh kerananya. Hebat sangat ke cinta itu. Kenapa ada manusia yang sanggup jadi hamba cinta¿ Butakah cinta atau manusia yang telah dibutakan oleh cinta¿ Kenapa manusia sanggup lakukan apa saja demi cinta¿. Ada yang jadi gila kerana cinta.Ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Betapa hebatnya kuasa cinta.


arinna : dah malas nak pikir pasal cinta....


Photobucket

18 ulasan:

Neeza Shahril

akak tak pernah dengar lagu ni tapi lirik dia memang sedih..
tu yang susah kan bila orang lama datang semula..
tapi, kalau dia setia, dia patut lupakan lah orang lama tu..

Letting the time pass me by

cinta is a mysterious thing... sukar untuk memahami cinta...

ijan

susa la cam ni. complicated. jap sane, jap sini. isk...

tp kalo dia dah betol2 insaf cam ne plak...

♥~ir@~♥

kak neeza -> betul tuh kak,,kalau betul² setia,,dia tk kan balik kat org lama tuh kan,,

♥~ir@~♥

letting the time pass me by -> cinta mmg sukar di fahami


sultan -> kalau dia dah insaf bagusla,,

Rahimin Idris

cinta itu memang misteri..misteri nusantara..jangan biarkan hidup anda diselubungi..misssteriiiii...

man_helang

cik bg aku mula2 cinta memang MISTERI...pastu lama2 cinta M kat depan tu dah takder...hu hu

182

percaya..
kena percaya..

♥~ir@~♥

rahimin -> hidup aku skang mmg diselubungi misteri,,ekekeke


man helang -> semua org menganggap cinta itu misteri,,huhuhu


182 -> aku dah tak percaya pada cinta

Brader Black

Wey kak,
lagu Kehebatan Chenta yg Francisca Peter nyanyi lg best la.

Ada apa dgn chenta?

cHreT!

Denanz ...

cinta cinta. memang seronok becinta ni. jgn risau. cari cinta lain. insya-allah akan lebih nikmat, lebih hebat.

♥~ir@~♥

suparjo -> akak suka lagu tuh

ada apa dengan cinta,,masih misteri lagi,,ekekeke

♥~ir@~♥

denanz -> cinta mmg seronok,,tp kadangkala menyakitkan

Anonymous

issssk.. ni yg maleh nak tgk niee.. mentang2 aku baru putus wekekeek

Ki Kiey

cinta itu buta.

aku sudah dgr tentang ini tahun lps lagi.
sedih.
tapi apa nk buat.

13may

lagu baru ker nih???

♥~ir@~♥

ien -> sama ler kita ien,,ekekeke


kiki -> cinta mmg buta,,hehhe


13May -> lama tak lama...baru tak baru,,,hehehe

biskutrajin

em...knape hati lelaki mudah goyah?lagi2 ble kite jauh..hmmm

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP