~~Rasa Kehilangan~~



Pernah tak kamu rasa seperti kehilangan sesuatu yang amat berharga. Seperti ada yang lenyap dari hidupmu. . Seperti layang-layang yang terputus talinya ….Seseorang hadir dalam hidupmu, memberi erti pada setiap detik waktumu, memberi jiwa pada setiap detak jantungmu. Selalu berada di sampingmu di saat gembiramu, yang selalu memeluk hatimu di saat sedihmu. Dia yang meraih tanganmu saat kamu tersandung dan terjatuh. Dia yang memberimu senyum, tawa, dan bahagia. Dia juga yang memberimu luka, duka, dan airmata. Dia yang membantumu berdiri, berjalan, dan berlari. Dia yang maengajarmu segala makna, yang ada ataupun tak ada, yang nyata atau hayalan. Tapi dia tak pernah kamu miliki. Hanya bayangnya yang selalu muncul dalam setiap mimpi tidurmu. Jiwanya tak tersentuh. Hatimu telah letih bertahan. Harus kemana membawa ujung penantian ini? Harus kemana menjemput harapan ini? Sampai kata memecah kebisuan hati. Dan kamu menunggu sampai tak mampu, menanti sisa cinta selamanya. Sampai bila,,,,?¿
Seseorang yang paling bererti dalam hidupku,,tapi tak pernah aku miliki

~~Aku Kembali~~


Lamanya tak update blog aku nih,,,dah banyak sawang,,ekekekeke,,terima kasih pada sesiapa yang sudi jenguk page aku nih walaupun aku tak update,,


p/s : tak ada masa nak update sbb bz yg teramat sangat,,

~Raya Datang Lagi~~




Sebelum cahaya syurga terpadam ...Sebelum hidup ini berakhir ..sebelum pintu2 taubat tertutup...ku mohon maaf zahir Batin..maaf atas pertuturanku yang tidak terjaga...Hati Yang Terkadangkala berprasangka..sikapku yang pernah menyakitkan... janji yang tak tertunaikan,,
SLAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,,MAAF ZAHIR BATIN

~~BZ + Demam~~

Dah berapa hari tak update blog aku nih,,,dah jadi macam rumah tinggal plak,,aku tk ada masa nak update,,banyak sangat keje sampai tak ada masa nak fikir untuk diri sendiri,,ni pun curi² waktu nak taip entri nih,,

aku demam,,,naper la di bulan² puasa nih aku demam,,dugaan,,,ini kah dugaan buat ku,,isk,,biler malam jer mula ler aku rasa sejuk,,kepala pening,,ubat dah nak habis tapi demam tak baik lagi,,tapi aku tetap berpuasa,,sayang nak tinggal poser,,

adushhh,,keje dah memanggil,,selamat berpuasa pada semua,,

wassalam

~~Kenapa Kita Harus Senyum dan Ketawa~~

TERTAWA

Sekali tertawa pusing kepala hilang. Dua kali tertawa bencipun sirna. Tiga kali tertawa persoalan lari. Empat kali tertawa penyakit sembuh. Lima kali tertawa jadi awet muda. Enam kali tertawa hati penuh sukacita.

SENYUM

Sekali senyum curiga hilang.Dua kali senyum jadi sahabat. Tiga kali senyum hati penuh damai. Empat kali senyum beban jadi ringan. Lima kali senyum rezeki datang. Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI

Hati yang gembira adalah obat yang manjur. Hati yang keras menemui jalan buntu. Hati yang lembut mendatangkan sahabat. Hati yang loba menciptakan perangkap. Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH

Sekali marah Sukacita hilang. Dua kali marah Akal sehat terbang. Tiga kali marah Tekanan darah naik. Empat kali marah teman-teman pergi. Lima kali marah Jadi cepat tua. Enam kali marah Pintu dosa terbuka.

BANYAK

Dalam hidup ini… Berdoalah yang banyak,agar hati tenang. Taburlah yang banyak,agar menuai banyak. Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah. Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak. Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman. Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan. Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper. Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan… banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT

Dalam hidup ini…Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka. Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali. Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang. Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah. Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan. Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke. Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat. Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan. Dan…jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.

KURANGI & PERBANYAK

Dalam hidup ini… Kurangi ucapan yang mendendam, perbanyak ucapan yang mengasihi.Kurangi kata-kata yang mengejek, perbanyak kata-kata yang menghargai. Kurangi kata-kata yang melemahkan, perbanyak kata-kata yang mendorong. Kurangi perkataan yang menolak, perbanyak perkataan yang memperhatikan. Kurangi kata-kata kritik, perbanyak perkataan yang membangun. Kurangi kata-kata yang sia-sia, perbanyak kata-kata yang mendatangkan inspirasi. Kurangi kata-kata yang kasar, perbanyak kata-kata yang lemah lembut.

~~Aku Belajar,,,,,,,~~

Aku belajar

Hidup ini tak semudah yang disangka

Adakalanya di atas

Adakalanya di bawah

Sebagaimana bumi berputar dalam pencarian siang dan malam

Begitulah jua hidup ini berkitar dalam paksian roda

Manusia jua sukar ditafsir

Di kala arus perubahan menikam masa


Aku belajar

Hidup ini tak seindah yang diduga

Langit jua mendung tanpa di sangka

Rakan yang di sangka sentiasa berada walau di mana jua

Dalam situasi apa jua

Hilang entah ke mana

Yang tak di sangka pula datang mengubat luka


Aku belajar

Dunia hanya permainan semata

Gunakanlah ia sekejap cuma

Sebagai bekalan di akhirat

sana

Moga dijauhi segala bencana


Aku belajar

Cinta tidak dapat membawa kemana

Mengundang hati kepada duka nan lara

Menghanyutkan diri pada noda

Kembali pada yang Maha Esa

Cinta pada Allah jua yang menanti di hujung

sana


Ya allah yang Maha Hakiki

Juraian air mata ku tatap menghadapmu

Untaian doa mohon keredhaanmu


Akan ku titip segala pengalaman ini

Akan ku sisip segala pengajaran ini

Moga kaki ini melangkah lebih teguh

Mengagungi kurniaanmu


Insyaallah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

~~Marhaban Ya Ramadhan~~

Syukur alhamdulillah,,tinggal berapa hari jer lagi kita akan menyambut bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan,,kita sebagai umat islam rasa bersyukur kerana dapat menyambut bulan yang mulia ini sekali lagi,,


Tetapi tahukan anda

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan
Ramadhan jika dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu
kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu
antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan
orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu aku memohon maaf jika aku ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah,,amin.

~~Aku vs Diriku~~



Aku

• Pemalas
• Yakin pada diri sendiri
• Happy go Lucky
• Mementingkan penampilan diri
• Pintar menyembunyikan masalah
• Seorang yang sabar.,,,

Diriku
• Seorang yang manja
• Seorang yang rajin
• Ingin selalu nampak cantik
• Tidak yakin pada dirii
• Kuat cemburu
• Mudah marah

Aku dan diriku
Setiap seseorang mempunyai keperibadian yang tersendiri. Ada yang suka menonjolkan dan tidak kurang juga yang berpura-pura. Penampilan diri sangatlah penting namun kejujuran diri sama pentingnya. Pilihlah warna-warni yang kau suka untuk mewarnai keperibadianmu. Ingatlah bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan, tak ada manusia yang sempurna, begitu juga aku ,kau dan mereka..
Tempatkan dirimu dengan sebaik-baiknya dan suatu saat kau boleh memperlihatkan dirimu yang sebenarnya. Jangan memaksa diri untuk menjadi sempurna,


~~aku dan diriku~~



Setelah 26 tahun aku berada di tempat yang bernama dunia
Bernapas dalam ruang waktu yang bernama kehidupan
Aku mencuba belajar dalam beribu kisah yang menarik aku ke dalam likunya
Kebahagiaan,penderitaan,dan kesunyian
Ku temui ramai orang yang bergumul dalam kisah mereka sendiri
Dan ku dapati aku hanyalah salah satu dari pemerhati
Yang mencuba merasakan tanpa terlibat terlalu jauh
Aku bersyukur atas kebahagiaan mereka
Dan menangis untuk kesedihan mereka
Untuk itukah aku ada? untuk mereka?
Seberapa pentingkah kewujudanku dalam kehidupan mereka?
Apakah aku hanya menjadi tempat mereka menghapus peluh?
Ataukah aku dapat membantu mereka menjadi lebih baik?
Tuhan,
Jadikan aku seperti bintang
Yang kerlipnya menyinari gelap malam di kehidupan mereka
Atau jadikan aku seperti awan
Yang menaungi mereka di teriknya siang
Agar setidaknya, aku masih punya erti untuk mereka
Kerana mungkin itulah satu-satunya alasan aku ada di dunia ini
Mungkin.


~~Tensen??~~



cakkKkk

dalam dua tiga hari nih aku rasa tensen yang teramat giler,,,huhuhu,,pernah tak korang rasa tensen yang teramat amat tensen,,,ekekeke,,kalau rasa tensen,,orang akan cakap,, apakah factor yang menyebabkan ketensenan itu berlaku,,¿¿

1. kerja yang berlambak kat opis dan bos plak nak cepat siap
2. terperangkap dalam kesesakan lalulintas
3. time tengah bulan,,tengah pokai,,hahhaa
4. jerawat tumbuh kat muka,,leh wat tensen gak nih,,,;p
5. boipren or gelpren majuk,,tensen mikir camana nak pujuk,,ekekee
6. dapat bos yg cerewet nak mampos,,,


itu jer la yang mampu aku fikirkan waqt masa ini,,yang lain tuh korang fakir ler sendiri,,ekekeke,,palotak aku dah tak mampu berfikir,,tahap ketensenan aku dah sampai kemuncak,,,aku nak blah dulu,,,jumpa lagi di lain siaran,,,ekekeke


~~Tak Ada Tajuk~~



caKKkk

dah berapa hari tak update blog aku nih,,so hari nih baru ler aku ada kesempatan nak update,,sejak kebelakangan nih aku mengalami kebizian tahap melampau,,lunch pun kat opis tak sempat nak kuar,,,,jenguk blog kejap,,,balas msg member tapi tak ada masa nak update,,

biler duk sensorang nih baru ler aku mengerti perlunya keluarga,,ermmm,,aku sunyi sangat,,sunyi yg teramat,,aku rindu semua orang yang aku sayang,,,rindu yang teramat,,,

IRA SAYANG KORANG SUMER,,MUUAAHHSSSSSS,,,


~~Hakikat Cinta~~



Seorang pecinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat!





Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa seseorang itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam jumlah yang sama. Satu di antara kalian akan memberikan lebih, yang lain akan dirasa kurang...




Begitu juga bagi kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti...




Jangan pernah takut untuk jatuh cinta… mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tetapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih kerana saat itu disedari baahwa kamu tidak pernah memberi!


Cinta itu sebuah jalan. Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja...





Cinta tak mesti berakhir bahagia, kerana cinta itu tidak harus berakhir!




Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.




Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika demikian, kamu bukan mencintai, melainkan ibarat sebuah pelaburan!





Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.





Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai, kerana egomu yang tak berguna itu!




Bagaimana aku akan berkata, “SELAMAT TINGGAL…” kepada seseorang yang tidak pernah aku miliki?




Kenapa titis air mata jatuh demi seseorang yang tidak pernah menjadi kepunyaanku? Kenapa aku merindukan seseorang yang tidak pernah bersamaku dan aku bertanya, “Kenapa aku mencintai seseorang yang cintanya tidak pernah untukku?”




Sangat sulit bagi dua orang yang mencintai satu sama lain ketika mereka tinggal dalam dua dunia yang berbeza. Tetapi ketika kedua dunia ini melebur dan menjadi satu, itulah yang disebut KEAJAIBAN!




Cinta mungkin akan menjadikan hatimu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi tancapkan dalam fikiranmu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut lukamu dengan mengumpulkan kembali pecahan-pecahan kaca itu, sehingga kamu akan menjadi teguh kembali...


~~Kena Tag~~

Aku kena tag ngan chivv,,huhuhu

♠ Post these rules before you give the facts.

♠ List 8 random facts about yourself.

♠ At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names(linking to them).

♠ Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

Aku cuba gak ler jawab tag tuh,,,

8 Things About Me

1) PENDIAM

Aku seorang yang pendiam,,maksudnya tuh tak banyak cakap ler,,lebih2 lagi pada orang yang baru kenal,,sya susah nak memulakan perbualan,,

2) SEDERHANA
Aku sorang yang sederhana dalam segala hal,,


3) MINAT BACA NOVEL CINTA MELAYU

Aku minat giler baca novel cinta melayu,,,hobi nombor 1 tuh,,

4) SUKA MANDI AIR LAUT

Aku suka mandi air laut,,bersesuaian ngan umah aku yg terletak kat kg air,,kalau aku rasa nak mandi,,aku terjun jer bawah umah aku,,hahaha

5) SUKA MENONTON DRAMA KOREA

Aku adalah salah sorang peminat drama korea,,,citer korea nih memang best dah tuh pulak hero dia hensem2,,,hehehe

6) RAPAT DENGAN EMAK

Antara 4 orang adik beradik,,aku paling rapat ngan emak aku,,aku manja ngan emak aku lebih manja dari adik aku yang bongsu,,aku selalu berkongsi masalah ngan mak aku,,

7) SUKA MEMASAK

Aku suka mencuba resipi baru terutamanya kuih muih dan kek,,tapi paling aku suka membuat kek,,ujung minggu kalau tak pegi mana2 aku akan buat kek untuk anak buah aku,,,

8) SUKAR MEMAAFKAN

Aku pun tak suka ngan perangai aku yang satu nih,,,bila org dah sakitkan hati aku,,susah aku nak maafkan orang tuh,,ntah ler,,

Itu jer la serba sedikit tentang diri aku,,hehehe

~~Sandaran Hati~~

Lagu yang tengah ngetop skang nih,,aku suka banget lagu ini,,layannnnnnnnnn,,,,

Sandaran Hati - Letto


Yakinkah ku berdiri
Di hempas tanpa sepi
Bolehkah aku mendengarmu
Terkubur dalam emosi
Tak bisa tersembunyi
Aku dan nafasku merindukanmu

Terpurukku di sini
Terang ia yang sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku

Reff :
Teringat ku teringat
Pada janjimu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Ku lakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati

Inikah yang kau mau
Benarkah ini jalanmu
Hanyalah engkau yang kutuju

Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah tanpa hadirmu
Dalam gelapnya malam hariku

~~Jujur & Benar Tentang Lelaki ~~

Aku minta maaf ler kat lelaki² yang baca entry aku nih,,aku hanya forward email member,,aku pun tak tau apa yang dinyatakan tuh betul atau tidak,,terpulang ler pada korang untuk menilainya,,hehehe,,sori ler abang² yerrr,,,

1. Lelaki yang BAIK, tak KACAK.

2. Lelaki yang KACAK, tidak BAIK.

3. Lelaki yang KACAK dan BAIK, GAYlah pula.

4. Lelaki yang KACAK, BAIK dan heteroseksual, sudah berkahwin.

5. Lelaki yang tak berapa KACAK, tetapi BAIK, tak ada duit.

6. Lelaki yang tak berapa KACAK, tetapi yang BAIK dan mempunyai duit selalu berfikir wanita hanya kejar duit mereka.

7. Lelaki yang KACAK, tak ada duit, kejar duit wanita.

8. Lelaki yang KACAK, tak berapa BAIK dan heteroseksual, fikir wanita di sekelilingnya tak cukup cantik untuk mereka.

9. Lelaki yang menganggap wanita cantik, heteroseksual, BAIK dan tak ada duit, adalah pengecut.

10. Lelaki yang memang KACAK, BAIK dan punya duit dan syukurlah, STRAIGHT, pemalu lah pulak dan TAK PERNAH & TAK AKAN MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA (The first move!)

11. Lelaki yang tak pernah mengambil langkah pertama, automatik hilang minat pada wanita bila wanita itu yang berinisiatif menguratnya!

Jadi, Siapa Yang Boleh Memahami Lelaki?!?!

~~aku kembali~~

Yuhuuuu,,,lamanya tak jenguk blog aku nih,,,dah jadi macam rumah tinggal dah,,hahahaa,,sebenarnya aku cuti selama seminggu,,,skang dah keje balik,,tapi kat tempat lain ler,,hari nihari pertama aku keje,,hehehe,,sib baik ler dapat online kejap nih,,dapat gak ler update blog aku nih,,,

Ok ler nak buat keje dah,,dah tak leh selalu online macam kat opis lama,,hehehe..


Sampai bertemu,,,,daaaaaaa,,,,

~~Mulakan dengan senyuman~~

Selamat hari isnin,,hari ini aku awal sampai opis,,tapi aku tak ada semangat nak keje,,sebab aku ngantuk,,hehehe,,malam tadi aku lewat tido,,aku pun tak tau naper mata aku tak nak tido,,pusing kiri pusing kanan tak gak nak lelap,,dah pukul 1 pagi aku masih tak leh tido,,,tapi akhirnya aku tertido juga,,ntah pukul berapa aku pun tak sedar,,

Dah ler tido lewat,,aku terbangun awak ler plak,,sebelum pukul 5 aku dah terbangun,,,sbb dah terbangun awal maka aku sampai awal kat opis,,tapi aku tak bersarapan kat umah macam selalu sbb mak aku tak ada,,masa on d way pegi keje aku singgah kat gerai tepi jalan beli nasi kuning,,hari nih aku sarapan kat opis,,depan pc sambil taip entry,,,ekekeke.,.

Jum sarapan makan nasi kuning,,,sesaper yg tak tau nasi kuning tuh apa,,aku ada tunjukkan gambar nasi kuning yg berlaukkan telur aje sbb lauk ayam ngan ikan dah habis,,,



Jum mulakan hari kita dengan senyumannnnn,,,

~~saturday mood~~

Pejam celik pejam celik,,dah hari sabtu,,hari cuti cam nih ramai ler yg wat program nak pegi situ,,nak pegi sini,,hehehe,,best kan saper yg cuti hari sabtu,,orang bodoh jer yg keje hari sabtu,,,muahahaha,,dan akuler salan sorang orang bodoh itu,,kahkahkah,,tapi bukan aku yg bodoh,,kompeni nih yg bodoh,,hari sabtu pun nak keje,,bukannya ada wat pape pun,,kadang² jer ada keje,,isk,,kan best kalau hari sabtu aku dapat cuti,,

Hari nih aku tak tau lagi nak pegi mana,,nak tgk wayang tak ada member,,ermmm,,nak shopping,,malas ler,,(bukan malas tapi duit tk ada,,hahahaha),,,hujan² camni baik duk umah jer la,,tidoooooooo,,,

Hari nih mak aku tak ada kat umah,,dia pg tawau,,sensorang ler aku kat umah,,malam kang baru kakak aku datang,,boringnyerrrrrr hari nih,,,isk,,

~~Sesungguhnya Kita Patut Bersyukur….~~

1. …. bagi suami/isteri yang TIDUR BERDENGKUR pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. …. bagi anak atau adik-adik kita yang mengomel atau MERUNGUT apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan menjadi BOHSIA atau MAT REMPIT di jalanan.

3. …. untuk CUKAI PENDAPATAN yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai PEKERJAAN.

4. …. untuk pakaian kita yang dah TAK MUAT, kerana itu bermakna kita CUKUP makan.

5. …. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang PERLU DIKEMAS, kerana itu bermakna kita mempunyai TEMPAT TINGGAL untuk berteduh.

6. …. untuk bunyi BISING JIRAN-JIRAN, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh MENDENGAR.

7. …. untuk timbunan pakaian yang perlu DICUCI atau DIGOSOK kerana itu bermakna kita ada PAKAIAN untuk dipakai.

8. …. untuk keletihan atau KESAKITAN otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih BERUPAYA untuk kerja kuat.

9. …. untuk tempat letak kereta yang JAUH DARI LIF, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk BERJALAN.

10. …. untuk jam loceng yang BERDERING pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita MASIH HIDUP untuk meneruskan hari tersebut….

Jadi, Belajarlah Bersyukur Dengan Apa Yang Ada..

~~aKu~~

Hari ini 10 haribulan,,,,sedar tak sedar dah 5 bulan tapi aku rasa macam baru jer peristiwa itu,,ermmm,,apa yg aku rasa sekarang nih eh,,susah nak aku gambarkan,,tapi yang pasti,,aku masih slalu ingat kat dia,,dan setiap kali aku ingat dia,,air mata aku akan mengalir,,aku pun tak faham dengan diri aku nih,,ntah lah,,kenapa susah sangat nak lupakan dia,,walau apa pun,,aku sekarang dah semakin kuat,, dan dapat terima semua yang berlaku dalam hidup aku adalah takdir yang telah tetapkan,,


Apa yang berlaku telah memberi aku pengajaran iaitu... jangan mudah jatuh sayang pada seseorang..jangan mudah menganggap bahawa dialah yang terbaik buat kita..dan jangan mudah sangat percaya pada seseorang,,dan yang paling penting,,jangan mudah sangat di buai perasaan setinggi langit kerana bila kita jatuh sakitnya tak tertanggung,,kita akan rasa semuanya hancur berkecai,,,sekarang aku kena lebih berhati2 dengan perasaan aku,,aku tak nak lagi memperbodohkan diri aku dan hanyut dibuai arus perasaan dan akhirnya kelemasan sendiri,,cukup lah apa yang telah aku lalui selama ini,,aku tak yakin aku boleh bangkit lagi seperti skarang sekiranya perkara sama berulang,,

Semua yang berlaku ke atas aku ada hikmahnya,,ermmm,,kalau semua ini tak berlaku,,mungkin aku masih terleka dibuai angan yang tak pernah wujud baginya,,kalau dia tak melukakan aku,,mungkin sampai skarang aku masih bermimpi,,berangan dan ntah apa2 lagi,,terima kasih atas kelukaan ini,,aku harus terima hakikat cinta datang dan pergi,,realitinya hidup harus diteruskan,,

~~Kau tidak akan pernah memahami~~

Aku Hindari kau Kerana Tidak Mahu Hati Terluka
Kerana aku Sudah Puas Mengejar Bayanganmu
Mencari-Cari Dan kau Masih Tidak Acuh Sahaja

Aku Jauhi kau Kerana Tidak Mahu Ada Airmata
Kerana aku Sudah Puas Menebal Muka
Menganggap Tiada Apa Berlaku Antara Kita

Yang Akhirnya aku Tewas Di Penghujung
Aku Kalah Kerana aku Terlalu Lelah
Berpura-Pura Dan Berdusta
Yang aku Bahagia
Sedang kau
Tidak Pernah Untuk Mengambil Tahu
Bila Hati Sudah Berasa Jemu

Aku Letakkan Diri Di Tempat Yang Jauh
AkuTak Mahu Menghampiri Kerana Ada Sendu Sahaja
Aku Ingin Berlari Jauh Agar Tidak Ketemu Dengan kau
Kerana Tiap Luka Di Hati Tidak Pernah kau Peduli

Aku Ingin Ketawa Sahaja
Tetapi Melihat kau Di Situ Begitu Bahagia
Aku Pasrahkan Hati Menerima
Antara Kita Sebenarnya Tiada Apa-Apa

Aku Ingin Berlari Ke Langit Dan Tak Mahu Jejak Ke Bumi Lagi
Biar Rindu Mati Di Situ Dan Biarkan kau Berlalu
Aku Ingin Menyelam Ke Lautan Dan Tak Muncul-Muncul Lagi
Biar Kasih Lemas Di Dasar Dan Biarkan kau Pergi

Aku Cuba Padamkan Semuanya
Namun Bila Malam Menjelma Hanya Suara Unggas Yang Ada
Aku Jadi Pilu, Mata Basah Dan Saya Tersedu-Sedu
Aku Menutup Telinga Kerana Sayup Terdengar
Suara kau Memanggil-Manggil Mesra
Aku Tidak Ingin Bermimpi
Kerana Hanya Bayang Yang Berbalam-Balam Di Sana

Aku Rasa Sepi, Lantas Sunyi Menari-Nari
Aku Cuba Lelapkan Mata Menutup Rapat Kelopaknya
Aku Tidak Ingin Bangun-Bangun Lagi
Aku Tidak Ingin Keseorangan Merasainya Seorang Diri
Tetapi kau Di Sana Tetap Tersenyum Sahaja

Ingin aku Tanyakan Kepada kau Setulus Hati Menjawab Soalan
Sejahat Manakah aku Di Ciptakan Hingga Ini Yang kau Berikan
Aku Jadi Keliru Dan Ingin Kaku Membeku Di Sini
Meyakinkan Hati Inilah Takdir Ketentuan Ilahi

Usah Datang Membawa Tawa Usah Datang Membawa Senda
Kerana Tiap Apa Yang kau Pamerkan padaku Hanya Ada Airmata Sahaja
Simpati kau Amat ku Pinta
Jauhi Dari aku Kerana aku Begitu Luka
Melihat kau Begitu Bersahaja Seolah Tiada Apa-Apa
Seakan Sedikit Pun aku Tidak Percaya Hati Ini Sebenarnya Telah Di Luka

Tak Dapat aku Maafi Diri Ini
Kerana
Terlalu Lama Membiarkan kau Mempersendakannya
Tak Akan Dapat aku Ubati Luka Ini Kerana Darah Merahnya Masih Ada
Ingin aku Nipiskan Parut-Parut Yang Ada Agar akuTidak Selalu Teringatkan dirimu
Ingin aku mencari Penawarnya Agar Tiada Lagi Sengsara

Aku seadanya lelah Mencari Kasih
Namun Sendaan Ini Yang kau Pamerkan
Aku Ingin Diam Di Sini Dan Berfikir Sejenak
Terlalu Lama Membuang Masa Membiarkan kau Bermaharajalela
Menanam Luka Dan Mengguris Parah Hati Yang Mendamba
hingga aku Jadi Begitu Tidak Waras

Kaki Ini Tiada Haluan
Aku Tetapkan Hati Mengingati Ilahi,
Segala Kepahitan Ini
Qada Dan Qadar Yang Perlu Aku Patuhi

Mungkin Ini Yang Tertulis Sedari Azali
Jalan Malap Ini Yang Perlu aku Susuri
Aku Gagahi Diri Menempuh Dugaan Sekecil Ini Dari Ilahi
Mengingatkan Hati, Ini Bukan Yang aku Mahukan Terjadi
Seharusnya aku Harus Bangkit Dan Menepis Segala Sendaanmu

Tak Perlu aku Bertanya Dan Mengharap Lagi
Semua Yang Indah-Indah Bagi dirimu Hanya Lakonan Sementara
Bahagialah kau Bersama Dia Dan Bersama Sesiapa Sahaja
Seperti Itu Yang kau Pinta

Senyumlah Atas Kelukaan Ini,
Aku Pasrahkan Diri Menerima Semuanya Sebagai Ujian Seketika
Ilahi Mengizinkan Lagi Nafas Ini
Dan aku Gunakannya Bersama Ketabahan Dan Kesabaran Hati

Kau Mendekati diriku Dengan Segala Hormat Yang Ada
Tetapi Menjauhkan diri Dengan Cara Begitu Sahaja
Walau Bukan Begini Akhirnya Yang aku Dambakan
Namun aku Akurkan Atas Semuanya
Pilihanmu Begini,Namun aku Tiada Daya Bersuara Lagi
Mungkin Hati kau Terlalu Bahagia Bersama si dia
Dan Tak Peduli Atas Apa Yang Di Sisihkan Ke Tepi

Berjanjilah,
Bahwa aku Yang Terakhir Mangsamu
Hati Di Persenda Dan Diri Di Luka
Parahnya Mungkin Tidak Terasa
Andainya kau Berlalu Dan Pergi Dengan Kata-Kata
Pasti Akan ku Akurkan Setulus Hati
Kerana Tidak Guna Bersama Tetapi Tiada Bahagia

Namun Bila kau Pergi Dengan Tiada Kata Putusnya
Diri Jadi Sebegitu Hina
Seolah aku Ini Bukan Manusia

Ini Terakhir Kalinya
Sungguh-Sungguh Yang Terakhir
Aku Tidak Akan Mengulanginya Untuk Kesekian Kali
Aku Ingin Matikah Bicara Di Sini

Kerana
Aku Sudah Terlalu Lama Memendam Rasa
Hingga aku Lupa Untuk Berfikri Secara Realitinya
Biar Kasih Ini Mati Sendiri
Biar Rindu Ini Membawa Haluan Untuk Berlabuh
Kerana Penatnya Menanti
Hanya Ilahi Yang Mengehtahui

Cukuplah Yang Sudah-Sudah
Biar Matahari Sahaja Yang Memancar-Mancar
Bukan Angin Yang Membawa Taufan Dan Hujan Tak Berhenti

Tidak Ingin aku Teruskan Kata-Kata
Kerana Sampai Bila-Bila Pun
Kau Tidak Akan Pernah Memahaminya

Kerana Definisi Hidup mu
Aku Pasti Hanya Ada Gurau Dan Ketawa Sahaja
Lantas Kesedihan Itu Tidak Dapat kau Mengertikan
Dengan Kata-Kata Dan Cara

Jauhi aku
Andai Masih Ada Simpati dihatimu.

~~Masa Berlalu~~

ermmmm,,,sedar tak sedar hari nih dah hari sabtu,,,,cepat betul masa berlalu,,kita dah di bulan ke tujuh tahun 2007,,tarikh hari nih 07.07.07,,ermmm,,cantik kan tarikh tuh,,dan aku bersyukur,,TUHAN masih panjangkan umur aku sehingga hari nih,,

Pasti ramai yang menjadikan tarikh hari nih tarikh bersejarah dalam hidup mereka,,macam tarikh perkahwinan,,bertunang,,dan ada juga yg jadikan nombor tuh sebagai jumlah duit hantaran,,dan apa lagi eh,,ermm,,korang pikir sendiri ler,,hehehe,,apa aku nak buat hari nih eh,,alamak,,,hampir terlupa lak,,hari nih aku nak pegi kenduri kawin kawan aku,,hahaha,,kawan aku jadikan tarikh 07.07.07 sebagai tarikh paling bersejarah dalam hidup dia,,SELAMAT PENGANTIN BARU DINA,,SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU,,

Dan pada sesiapa yang berkahwin hari ini aku ucapkan selamat pengantin baru gak ler,,yang bertunang,,selamat bertunang,,hehehe,,,

~~Santai~~




Dua hari ini aku mengalami masalah server yang amat ler slo giler,,jadi aku tak dapat nak update blog aku nih. Semalam masa balik dari keje,,aku singgah ler kat satu tempat nih,,kat tepi highway sebenarnya,,,jalan nak balik umah aku,,aku lepak ler kat situ sensorang layan perasan sambil tengok laut,,

Sesiapa nak cari ketenangan,,memang best lepak tempat nih,,nampak laut,,pulau²,,pemandangannya memang cantik,,aku setiap hari lalu kat sini masa nak pegi keje atau balik keje,,


Kalau malam minggu tempat nih banyak ler kete yang tersadai,,hehehe,,kapel deting arr,,tapi aku tak pernah ler plak deting kat sini,,,hehehehe,,

~~apa itu CINTA??~~


Cinta boleh membuat kita ketawa
Cinta boleh membuat kita menangis
Cinta boleh membuat kita gila
Cinta boleh membuat kita tidak sedar
Namun begitu,,,cinta sangat indah
Indahnya tika terbuai oleh cinta
Tapi,,,apa itu CINTA¿¿??
Pandangan aku tentang cinta,,,,,
Cinta adalah suatu perasaan yang boleh merubah seseorang,,,,
Merubah diri kita menjadi bukan diri kita
Yang bukan diri kita menjadi diri kita sendiri
Cinta begitu sulit untuk dimengertikan
Namun bagi ku itu lah cinta
Cinta yang boleh membuat kita bahagia di saat kita terbuai oleh cinta
Cinta yang boleh membuat kita menangis di saat kita terluka oleh cinta

~~Sekadar Renungan~~

Suatu hari Plato berbicara dengan gurunya.Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut."
Maka, masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab Plato."Saya sebenarnya telah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik . Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadi adalah yg terbaik. Maka saya keluar tanpa membawa apa².
Guru itu pun berkata: "itulah cinta."Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa sepohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya dapati pohon yg indah daunnya, besar batangnya. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pokok yangg tak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana.
"Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah."Lalu sang guru berkata :"Itulah maknanya perkahwinan. Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon² dan rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak ada satu pun akan kita dapati"
Kerana, kesempatan itu hanya datang sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yg bergerak kedepan yang tidak penah tersimpan pada hari kemarin dan bersemanyam pada masa lalu kita

~~bZ Lagi~~



Kemarin dan semalam aku mengalamai kebizian tahap melampau lagi,,ehehee,,biasa ler ujung bulan,,banyak bende nak kena setel,,cek2 yang kena tandatangan,,nak wat repot lagi,,nak semak akaun lagi,,dan macam2 lagi bende mengarut kena buat,,hahahaha,,

Hari ini aku dah tak sibuk sangat dah,,tapi keje tuh tetap ada ler,,keje memang tak pernah habis,,lagipun bos aku tak ada hari nih dia pegi KL,,,yuhuuuuu,,,hehehe,,leh lah relex sikit,,hari ni jumaat,,aku kuar lunch kul 11.30,,aku ingat nak pegi window shopping,,hahaha,,gaji lum masuk lagi nih,,hehehehe,,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Misha Omar & Andy Flop Poppy

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri ku tawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biar ku mengutus ilham memujuk jiwa
Biar pun suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencoba

Sembunyi... namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangkan diri terasa kemana
Renungan aku nak alih

Sembunyi... namunkan terlihat yang jelas di wajah
Kita sememang sengsara merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam cerah beri cahaya
Tak menghalang menyinari segala

Walau kita coba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati

~~koleksi novel terbaru~~



Sebenarnya dah lama aku tak beli novel,,dah 2 bulan tak silap aku,,bukan apa,,asal aku pegi kedai nak beli yang aku nak,,mamak tuh cakap,,dah habis,,2 hari sampai dah habis,,tuh yg aku malas tuh,,

Hari sabtu lepas,,lepas balik keje,,aku pegi ler ronda² ngan member opis aku kat bandar,,bila aku lalu kat sebuah kedai buku tuh,,tiba² aku teringat novel yg aku cari tuh,,aku pun masuk ler kedai tuh,,fuhhh,,nasib aku mmg baik hari tuh,,aku jumpa buku yg dah lama aku cari tuh,,apa lagi aku terus beli ler,,KASIH YANG SUCI karya MEEN ZULAIKHA,,,


Tak sesia aku beli novel nih,,mmg best giler citer dia,,,seorang gadis yang pernah di rogol akhirnya berkahwin ngan orang yg telah merogol dia,,ermmm,,,dalam 2 hari aku dah habis baca novel nih,,,hehehehe,,


....seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru...

~~Bz tahap melampau~~

aku mengalami kebizian tahap melampau hari nih,,aku jenguk kejap jer blog aku nih sekadar nak update,,huhuhuhu,,,dah ler demam aku tak baik lagi,,taim nih ler keje banyak,,,ok dah update dah blog aku hari nih,,lalalala,,,nak sambung keje balik,,,adehhhhhhh,,

~~Rindu~~



Sukar untuk ku melupakn semua tentang kita..kenapa aku sering saja teringatkan dia.. apakah masih ada kesempatan untuk ku bertemu dia¿¿,,masih kah dia mengingatiku¿¿,,,biarpun kita terpisah namun namamu tetap di lubuk hati ini..dan aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya,,,,

~~Bukan diriku~~

Dah lama aku cari lirik lagu nih baru jumpa,,,aku tak pernah dengar lagu nih sehinggalah EBI AF5 bawa lagu nih masa konsert ke 8 kalau tak silap aku,,memang best lagu nih,,

Samsons - Bukan Diriku

setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku

~~Manjalara VS Emil Emilda~~



korang minat tak citer MANJALARA dan EMIL EMILDA nih,,, aku minat giler kedua2 citer nih,,,tak pernah mis tgk,,,

tapi kedua2 citer nih tak lama lagi akan melabuhkan tirainya,,habiss daaaa,,,hehehe,,

~~Akademi Fantasia~~



Demam akademi Fantasia dah berakhir,,ada ker anda berpuas hati dengan keputusan AF5¿¿,,hehehe..kalau aku memang aku puas hati ler dengan kemenangan Mila,,dia mempunyai sore yang power,,,tapi aku tak puas hati dengan Candy di tempat ke5,,sepatutnya Candy tempat ke2 kan,,hehehe,,

Itu jer la aku nak cakap,,hehehe,,kita tunggu jer la sama ada taun depan AF6 akan di adakan,,,tungguuuuuuuu,,,,

~~HaRi IbU~~



13 Mei datang lagi,,kita akan menyambut hari ibu,,hari utk kita menyatakan rasa sayang,,rasa terima kasih pada ibu kita,,tapi bagi aku tak semestinya nak tunggu hari ibu baru nak tunjukkan rasa sayang kat ibu kita kan,,
Untuk mak ira,,terima kasih untuk segalanya,,terima kasih kerna membesarkan kami dan memberikan kami kasih sayang yang tak terhingga,,
15 tahun mak membesarkan kami 4 beradik sorang diri semenjak pemergian arwah ayah,,macam² kerja mak buat untuk menyara kami,,masa tuh kami semua masih bersekolah,,tak tau macam mana nak gambarkan besarnya pengorbanan mak pada kami,,
Berkat kesabaran mak membesarkan kami,,kini anak² mak dah berjaya walaupun tak kaya,,terima kasih mak,,kami tahu,,walaupun kami mandikan mak dengan kilauan emas,,masih tak dapat membalas pengorbanan mak pada kami,,
Mak,,ira tahu,,antara anak² mak,,ira yang selalu menyusahkan mak,,yang selalu membuat mak risau,,waktu ira sakit,,mak sanggup jaga ira kat wad walaupun masa tuh mak tak sihat sangat,,ira janji mak,,ira tak akan wat mak risau pasal ira lagi,,masa ira dalam kesedihan,,mak ler yang banyak membantu ira,,walaupun keputusan ira mengguris hati mak,,mak tetap ikut kehendak ira,,terima kasih mak kerana memahami anak mu ini,,
Mak,,kami sayang mak,,mak lah segala nya bagi kami,,muuuaaahsssss mak,,luv u mak,,
Selamat Hari Ibu untuk mak,,,


aSSalamuaLaikumm



salam sumer,,selamat datang ke blog sya yang baru nak bermula nih,,itu pun kalau ada yang sudi jenguk,,ekeke,,


chiaoosss,,muuaaahssss

Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP