Aku di Ragut

Korang pernah kena ragut tak?,,aku nak citer sikit la pengalamam aku kena ragut. Bila sebut pasal ragut nih,,apa yang bermain dalam kepala otak korang?.

Dalam Kamus Dewan perkataan ragut bermaksud menarik dengan paksa atau dengan kekuatan dan juga kehilangan sesuatu secara paksa.

Ok ler,,berbalik pada pengalaman aku kena ragut,,kisah nih terjadi kira² 5 tahun lepas,,aku masih belajar lagi waktu tuh. Ada satu hari tuh aku pergi melawat kawan aku yang tengah sakit kat rumah dia. Rumah dia tak ler jauh sangat,,dalam 10 minit perjalanan menaiki bas dari rumah aku. Aku lepak rumah dia dalam 1 jam lebih. Borak punyer borak tak sedar hari dah petang,,aku pun meminta diri untuk pulang.aku keluar dari rumah kawan aku tuh lebih kurang dalam pukul 4.30 petang.

Dari rumah kawan aku tuh nak pergi ke stesen bas yang berdekatan jauh juga,,lebih kurang 10 minit kalau berjalan kaki sambil berlenggang kangkung Mak Limah. Disebabkan aku tak buat lenggang kangkung Mak Limah tuh,,tak sampai 10 minit aku dah sampai kat stesen bas tersebut. Bila aku sampai,,tak ada orang kat situ. Lima minit tunggu,,bas tak sampai² lagi. Dari jauh aku nampak 2 orang lelaki datang dari arah semak kat belakang stesen bas tersebut. Kalau korang nak tau,,kat belakang stesen bas tersebut adalah tanah terbiar yang mana lalang dah hampir sama tinggi ngan aku kut,,dan di sebalik tanah terbiar tersebut adalah kawasan setinggan yang kebanyakan penduduknya adalah pendatang Filipna.

Dua orang lelaki tersebut menuju ke arah aku tapi aku buat tak tau jer,,dari kejauhan aku nampak bas yang aku tunggu dah muncul. Tiba² aku rasa ada orang menarik hand bag aku,,aku pun tak sedar bila 2 orang lelaki tersebut datang dekat kat aku. Sekali tarik jer mereka dah dapat hand bag aku.Korang bayangkan,,aku dengan kudrat seorang perempuan yang anggun lemah nak melawan 2 orang lelaki,,nasib baik ler dorang tak apa² kan aku. Setelah dapat hand bag tuh,,mereka pun lari ke arah kawasan tanah terbiar tersebut. Yang aku hairan,,suara aku tak terkeluar nak menjerit minta tolong,,yang aku ingat aku hanya menangis sambil melihat peragut tersebut lari. Waktu aku kena ragut tuh,,bas yang aku nampak tadi tuh dah dekat nak sampai kat stesen bas tuh,,aku rasa penumpang² bas tuh nampak aku kena ragut tuh,,masa bas tuh berhenti kat stesen bas,,2 orang peragut tadi masih belum lari jauh lagi,,kalau ada orang kejar aku rasa boleh dapat peragut tuh tapi mereka hanya tengok saje. Waktu tuh aku berharap juga kut² muncul Spiderman ker,,Batman ker,,ultraman ke tolong aku,,,huhuhu.

Aku dengan perasaan marah,,geram,,sedih tak jadi naik bas itu,,lagipun bas tuh dah penuh,,orang berdiri sampai kat tangga takkan aku nak naik. Aku menahan sebuah teksi yang muncul tiba²,,aku tak peduli waktu tuh aku tak ada duit sesen pun nak bayar tambang teksi. Abang teksi tuh tanya kenapa aku nangis,,aku pun dengan bangganya sedihnya ceritakan ler apa yang terjadi kat aku.

Kalau aku ingat kejadian tuh,,aku rasa macam nak bunuh jer peragut tuh. Sampai sekarang nih memang aku trauma giler. Nasib baik ler hand bag aku jer yang kena ragut. Tak pasal² aku kena buat kad pengenalan baru,,kad bank baru.


arinna : panjang giler entri aku kali nih,,hehehe

PhotobucketPhotobucket

aku Kembali,,kembalinya aku,,

yuhuuuuuuu,,rindunya aku ngan blog aku yg tomei nih,,hehehe
dah seminggu aku tak update blog nih,,
terima kasih pada mereka yang sudi menjenguk blog
aku nih walaupun aku tak update,,


korang nak tau kemana aku menghilang selama
seminggu nih,,,,hehee

aku dapat mc hari isnin dan rabu last week,,
aku kena demam panas,,batuk yg teruk,,sekarang nih pun masih batuk lagi,,

pas tuh hari khamis sepatutnya aku dah masuk keje,,
tapi aku sambung cuti lagi hinga jumaat,,
sebab aku rasa aku belum sihat sangat
aku masih nak rehat kat rumah,,

semalam hari isnin aku dah mula kerja,,
dah cuti seminggu tuh,,
banyak ler kerja yang menanti,,,aduiiiiiiiiii
dah dekat nak balik baru ler aku sempat online sekejap,,
sempat gak ler jenguk blog kawan²,,
reply msg,,hehehe


arinna : sambung keje lu,,,,chauuuuuuu,,,


PhotobucketPhotobucketPhotobucket


Kurang Sehat

Sejak dua tiga hari nih,,sakit kepala aku datang lagi,,
dah lama sakit kepala aku ni tak datang,,
untuk meredakan kesakitan terpaksa ler aku telan 2 biji panadol

pagi ini pula tahap kesihatan aku makin menurun
mata aku pedih,,kepala rasa berdenyut-denyut,,badan rasa panas
ada kah ini tanda² aku akan di serang DEMAM¿¿
batuk pun belum baik lagi ni,,nak demam lagi,,,ooooooo TIDAKKKK!!!

Dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni,,
pagi sampai tengah hari panas giler
Bila petang jer bertukar mendung,, di susuli dengan hujan dan ribut petir

Malam tadi aku memang dah rasa lain macam dah
badan aku rasa sejuk semacam,,
sebab petang semalam masa balik keje,,aku terkena hujan,,
basah gak la baju aku walaupun tak lencun,,
walaupun memakai payung,,tapi tak terlawan dengan hujan lebat dan angin kencang

petang ni kalau hujan lebat lagi,,
mesti kena hujan lagii,,huhuhu


arinna : bersedia atau tidak,,,bolos redah aje hujan itu,,,


PhotobucketPhotobucket

Terima Kasih





Terima kasih tak terhingga pada semua yang

memberi aku semangat untuk terus berblogging,,

kalau tak kerana korang semua agaknya

blog nih dah tak wujud lagi

aku hampir putus asa dah nak terus berblogging

tapi bila aku pikir balik,,

betul gak cakap korang,,

wat pe nak pening kan kepala otak pikir semua tuh,,

hanya dua tiga orang jer yang tak suka ngan entry aku tuh,,

tapi ramai lagi yang suka,,

so biarkan jer la mereka yang tak suka tuh kan

sekali lagi terima kasih pada semua yang memberikan komen²

aku amat menghargainya

sayang korang

muuaahssssssss


arinna : aku tak akan mengalah lagi,,yeehaaaaaaaaa


PhotobucketPhotobucket








Tidak Puas Hati

Sedih dan tak puas hati,,,itu la yg aku rasa skang nih,,,uwaaaaaaa,,,ada org cakap aku nih kenegerian,,

Kenegerian ker kalau aku nak paparkan kat blog aku nih makanan kegemaran aku,,bukan ker makanan Sabah tuh bermakna makanan orang malaysia gak,,apasal pula dia tak puas hati,,,

Pening kepala otak aku memikirkannya sehingga membuatkan jiwa raga ku tak keruan,,aku tak suka bila orang cakap aku cam tuh,,

Kepada orang yg berkenaan,,sori ler kalau ko rasa tak puas hati dengan entry aku tuh yerrr,,entry aku tuh tak ada sangkut paut dengan mereka yang masih hidup mau pun yang telah meninggal,,,saje jer aku nak kongsi ngan kawan² aku kat blog nih makanan orang Sabah,,


arinna : aku nak cari ketenangan untuk kepala otak dan jiwa raga aku yg tak keruan nih,,stop berblogging tuk sementara waktu


Photobucket

Jalan-Jalan Cari Makan

Kali nih aku nak kongsi ngan korang sumer makanan kegemaran aku,,dan juga merupakan makanan tradisi orang sabah.

Pertama sekali Nasi Kuning,,sama juga ler macam Nasi Lemak,,selalu di makan waktu sarapan pagi. Nasi Kuning ni dimasak dengan santan dan di letakkan serbuk kunyit untuk bagi warna kuning tuh dan selalu di makan dengan ayam goreng, ikan goreng ataupun telur rebus.Sambalnya pula diperbuat daripada cili kering yang dikisar dan di tumis dengan bahan² asas yang lain.


nasi kuning
Makanan kedua pula,,ialah Ambulung yang diperbuat daripada sagu ataupun di Sabah di panggil Ambuyat. Ambulung nih di makan dengan sambal mangga. Mangga di cincang halus kemudiam di tumbuk dengan cili padi dan udang kering,,kalau nak lagi sedap letak ler banyak² cili padi tuh,,memang sedap giler,,hehehe

ambulung

arinna : aku sebenarnya tau makan jer,,hehehe,,masak tuh kureng sikit,,,


PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Madah Wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri


Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari


Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan




arinna: jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita,,yeehaaaa,,,


Photobucket

Lagi Kes Liwat

Tk habis² lg kes liwat meliwat nih,,tk ada keje lain ke dorang nih,,benda tekutuk tu gak nak di buat,,mamat yg mengaku dirinya di liwat tuh seorang pemimpin pelajar berusia 23 tahun dan juga pembantu kepada Anuar Ibrahim,,betul ke di liwat,,bukan senang nak meliwat secara paksa nih,,lebih² lagi nak meliwat kaum sejenis,,kalau pompuan maybe la sbb kudrat dorang tak seberapa,,lain ler kalau suka sama suka. Dah la tuh,,mamat nih mendakwa di liwat beberapa kali,,isk,,coba korang pikir,,ada unsur² paksaan ker¿,, kenapa baru sekarang nak buat laporan polis,,

Aku sebenarnya tk minat sgt nak tulis isu politik nih,,tapi kes liwat nih membuat aku teringin nak paparkan dalam blog nih. Sama ada ini satu konspirasi atau political game,,,korang pikir la
sendiri,,,


arinna : donia,,donia,,,







Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP