Salam Lebaran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua

Pemergian Ramadhan Ditangisi
Bulan Penuh Berkah Lagi Dirahmati
Semoga Ramadhan Jumpa Lagi
Kerana Usia Di Tangan Ilahi

Datangnya Syawal Tanda Kemenangan
Sebulan Berpuasa Menahan Cubaan
Sambut Raya Dengan Kemaafan
Moga Bergembira di Hari Lebaran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf di atas segala tutur kata mahupun perbuatan
Sama ada sengaja atau tidak
Antara kita tiada yang sempurna
Salah dan silap adat manusia
Marilah bermaafan sesama kita....

Kepada yang memandu pulang ke kampung berhati-hati...maut jangan dicari...
Sesal di saat itu tiada gunanya tatkala kematian menjemput kita...
Pandu cermat, biar berhemat, janji selamat...

Kad Raya Lagi

Saya dapat kad raya lagi,, terima kasih pada teman² yg telah menghantar kad raya yg comel..terima kasih banyak²

Kad Raya Manje


Kad Raya Cikgu Rashid

Kad Raya allisya

Kad Raya Budak Hutan

Kad Raya nrina

Kad Raya azza


arinna : balik kampung ooo balik kampung,,,,



Untuk Semua


Makasih pada kawan² yang sudi bagi aku kad raya,,i like it,,hehehe,,

kad raya dari ariansem

kad raya dari chempaka



Di kesempatan ini juga aku ingin memberikan kad hari raya pada teman² blogger yang sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ini,,,


Photobucket


kad hari raya ini untuk semua teman² blog saya,,

ambik tau jgn tak ambik,,Photobucket

arinna : indahnya sungguh di hari raya,,lalalala,,,

PhotobucketPhotobucket

Edisi Siasat - Mood Raya

Mood pilihanraya dan habis. Sekarang nih mood hari raya pula. Sana sini orang sibuk buat persiapan hari raya. Ada yang beraya sakan,,ada yang beraya sederhana sahaja dan ada yang ala kadar sahaja. Dengan tak disangka-sangka,,kak nrina telah menjalankan edisi siasat (tag) ke atas aku berkenaan dengan hari raya. Walaupun soalannya tak ler susah macam soalan UPSR,,tapi berpeluh-peluh juga nak menjawabnya,,hehee,,Photobucket



Kak nrina juga ada bagi hadiah,,bunga nih ira nak letak atas meja kat ruang tamu masa raya nanti,,hehehe,,terima kasih kak nrina,,Photobucket



Photobucket


1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?

Bape pasang¿ Baju kurung dua psang jer,,kaler maroon dan kaler pink. Baju yang tak berapa nak kurung dua pasang gak. Tengok,,aku beraya sederhana jer kan.


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?


Nasi himpit makan dengan kuah kacang,,suka sangat. Burasa pun suka juga. Tau tak apa tuh burasa¿ Itu adalah makanan tradisi orang Bugis masa hari raya. Kadang² ketupat pun makan juga.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?


Paling suka biskut Nestum buatan mak saya. Biskut yang ada coklat dan kacang hazel saya suka juga.



4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?


Dah tua bangka cam nih ada lagi tak orang nak bagi duit raya¿ jawapannya RM 0.00,,hehee..Selalunya saya sediakan dalam RM 100 lebih jer. Tengok tuh,,betapa murah hatinya saya.



5. Apakah aktiviti malam raya korang?


Selalunya aktiviti malam raya masak dan masak,,hehee,,kemudian buat kek. Tapi saya selalunya habiskan masa depan tv sambil kemas² ruang tamu,,kononnya ler. Yang selalu tolong mak kat dapar kakak dan adik saya. Tengok tuh,,betapa rajinnya saya,,hehe.

Sekian sahaja edisi siasat untuk kali ini. Saya tidak berhajat untuk menjalankan edisi siasat ke atas sesiapa pun. Tapi anda boleh membuat edisi siasat ke atas diri anda sendiri,,hehe.

arinna : Pesanan dari penaja,,berhati-hati di jalan raya di hari raya.




Photobucket Photobucket


Sengal

Bertambah sengal,,

Buat aku geram,,,

Buat aku marah,,

Sengal,,,

Sengal,,,

Sengal,,





Bukan aku yang sengal,,,tapi line tenet kat opis nih,,

makin slow,,

slow,,,

slow,,,

slow,,





akhirnya aku langsung tak boleh online,,huhuhu,,


buat jiwa aku meronta nak online,,,

buat hati aku sakit sebab tak dapat online,,,

rasa cam nak tembak ngan meriam buluh jer tenet nih,,,

Takut kena tembak,,hari nih dia bagi aku online,,,

Naib baik,,kalau tidak berkecai aku tembak,,,


Hari nih 15hb September 2008,,dah 15 hari kita berpuasa,,

Esok 16hb September 2008,,,erkkk,,16¿¿¿,,ada apa dengan 16,,¿¿

Aku tak sabar tunggu 16hb nih,,,akhirnya datang juga,,


nak tau sebab apa¿¿





Sebabnya 16hb september nih Negeri Sabah cuti umum,,yahooooooo,,cuti lagi,,boleh ler aku merayap kat bazaar ramadhan lagi,,



arinna : tak sabar tunggu 16hb,,cutiiiiiiii


Terima Kasih Teman




Aku di tag lagi. Kali ini dari kaklong dan kak allisya. Tapi aku kurang pasti sama ada ini tag ataupun award.Walauapapun terima kasih pada kaklong dan kak allisya. Semoga kita terus bersinar selama Ramadhan.

Tag nih senang saje. Copy jer gambar kat atas tuh dan lepas tuh berikan kepada 5 orang sahabat yang anda ingin tag kemudian bagitahulah sahabat yang anda telah tag itu. Tapi aku tak nak tag sesiapa.

Photobucket Image Hosting


Aku dapat award lagi . Sekali lagi adik cintamiloais telah memberi award kepadaku. Terima kasih adikku cayang,,kau juga bintang di hatiku.

Photobucket Image Hosting


arinna : internet kat opis nih meragam lagi,,slow macam siput sedut

Photobucket Image Hosting

Tragedi Di Bulan Ramadhan

Kejadian nih berlaku masa sahur awal pagi tadi. Setiap kali bulan ramadhan,,tugas aku adalah memasak untuk sahur. Setiap malam aku akan setkan jam penggera kat handphone aku pukul 3.00 pagi supaya aku tak terlajak tidur. Seperti biasa pagi tadi penggera pada handphone aku berbunyi tepat pukul 3.00 pagi. Dengan mata yang masih mengantuk aku pun bangun dan menuju ke dapur.

Pagi nih tak banyak yang perlu aku masak sebab aku dah masak sebelum masuk tidur tadi. Sebenarnya aku tinggal panaskan jer lauk² tersebut dan jerang air untuk buat kopi. Tapi aku tiba² terasa nak makan telur dadar.

Aku pun mula lah membuat telur dadar. Pecahkan telur 3 biji,,masukkan garam dan hiris bawang kemudian pukul lepas tuh masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Tuan² dan puan² itulah cara² nak masak telur dadar.

Tengah aku membalik kan telur dadar dalam kuali tersebut ntah macam mana minyak terpercik kat muka aku. Aku matikan api dapur dan berlari ke bilik aku. Aku tengok kan cermin. Aku rasa panas kat dagu dan leher aku. Aku sapu gel aloe vera kat tempat yang kena minyak dan aku rasa pedih sangat. Aku mula rasa takut. Aku takut muka aku akan rosak.

Pagi tadi sebelum mandi aku tengok bawah bibir, dagu dan leher aku dah merah. Paling banyak tompok merah kat leher aku. Tapi tak teruk sangat mungkin sebab aku sapu gel aloe vera dan mak aku cakap dia tak akan meninggalkan parut. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak berbelang² ler muka aku.

arinna: agaknya ini dugaan di bulan puasa,,,selamat berpuasa kepada semua

Photobucket

Award Lagi

Yahoo!!! aku mendapat anugerah yang sangat cantik dari Ien. Gadis yang berasal dri Perak ini seorang yang pakar dalam hal mencantikkan blog. Blog beliau selalu menjadi tempat rujukan bagi para penulis blog untuk mencantikkan lagi blog masing². Kalau korang nak tahu,,tabview untuk Teman Blog dan Label Cloud di blog ini aku belajar dari blog beliau dan banyak lagi aku nak belajar dari blog beliau. Beliau tak kedekut dengan ilmu dan sedia berkongsi pada sesiapa yang bertanya.

Aku ingin mengucapkan terima kasih pada Ien kerana sudi memberikan award nih pada aku. Semoga persahabatan kita di alam maya akan berkekalan dan semoga Ien maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi.


Photobucket


arinna : Selamat berpuasa kepada semua,,,

Photobucket


Tag Lagi

Aku telah di tag oleh kak Neeza telah. Maaf kak neeza sebab lambat jawab tag akak.


1) Nama timangan - Alasan istilah yang digunakan.

1. Ira - digunakan oleh keluarga di rumah, kawan² dan sedara mara
2. Rin - digunakan oleh kawan² cyber yang mengenali ku sebagai arinna

2) Anda seorang yang -

Periang, suka ketawa, suka senyum dengan sesiapa saja, mudah mesra dengan orang yang baru dikenali, manja tapi kadang² sensitif.
3) Insan teristimewa. Apa yg membuat dia terlalu istimewa?

Arwah Ayah, Emak, Abang, Akak dan Adik adalah insan yang teristimewa dalam hidup Ira.Mereka yang sentiasa bersama Ira dalam susah dan senang.

4) Makanan

Semua suka asalkan sedap,,Ira nih tak memilih sangat pasal makanan.

5) Favourite colour (s)

Mesti ler Pink.
6) Favourite song (s)

Melodi yang sedap didengar dan lirik yg menyentuh perasaan macam lagu Ziana Zain Puncak Kasih,,minat giler lagu itu.

7) Benda yg membuat anda stress.-

Rumah bersepah (macam kak neeza gak..)
Bila kerja kat opis berlambak,,memang stress giler

8) 3 benda dalam wallet

Duit,,,mesti ler ada kan,,
Kad pengenalan,,tuh penting
Lesen memandu,,tak ada kang kena saman lak,,

9) Kali terakhir menangis beriya-iya.

3 hari lepas..huhuhu,,,

10) Tag rakan anda.

Tak nak tag sesiapa,,,boleh kan kak neeza..;)


arinna : akhirnya dapat gak bayar hutang ngan kak neeza,,hehehe

Photobucket

Salam Ramadhan

Lamanya aku tak update blog aku nih,,,dah jadi macam rumah tinggal,,dah bersawang. Aku macam dah malas nak update blog nih,,tapi sayang pula blog nih,,dah susah payah aku buat. Sebenarnya aku tidak mengupdate blog aku sekian lama bukan ler sebab aku bz dengan kerja ataupun tak ada idea nak update,,bukan,,macam² hal jadi kat aku semenjak dua menjak nih dan banyak menguji tahap kesabaran aku,,,susah aku nak jelaskan kat sini.

Terima kasih pada kawan² blog yang masih sudi menjenguk blog nih walaupun tuan rumah tak ada. Kini tuan rumah dah kembali,,tapi kembali untuk berapa lama,,aku sendiripun tak pasti.

Selama ketiadaan ku juga,,aku telah mendapat award dari adik cintamiloais,,,terima kasih adikku cayang,,

Terima kasih juga utk kaklong zura sebab bagi bear kat ira,,,macam tau jer ira suka bear,,terima kasih banyak² kaklong.


arinna : Selamat berpuasa kepada semua,,,



Blogger template 'Pinki' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP